View: 7802|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
6 pusat hiburan beroperasi tanpa kebenaran diarah tutup
[Copy link]
|
|
PUSAT hiburan ditutup serta merta oleh DBKL selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran. FOTO ihsan DBKL
Kuala Lumpur: Enam pusat hiburan di Jalan Telawi, Bangsar dan Jalan Radin Tengah, Sri Petaling di sini, ditutup serta disita selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran dan melakukan pelbagai kesalahan.
Kesalahan itu dikesan menerusi Tindakan Khas Premis Berisiko (Pusat Hiburan) yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL dalam saatu kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu dilakukan menerusi kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) serta Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar bermula 9 malam kelmarin hingga 4 pagi semalam.
"Dalam operasi ini, sebanyak enam premis diperiksa dengan dua daripadanya didapati beroperasi tanpa kebenaran, manakala empat lagi premis dikesan melakukan kesalahan melanggar syarat lesen.
"Susulan itu, DBKL menutup dua pusat hiburan serta merta yang beroperasi tanpa lesen dan membuat tindakan sita serta pindah peralatan hiburan ke atas enam premis berkenaan.
"DBKL juga mengeluarkan enam notis kertas siasatan di bawah kesalahan Seksyen 4(1), Akta Hiburan (WPKL) 1992 kerana mengadakan aktiviti hiburan tanpa kebenaran dan penutupan premis hiburan mengikut Seksyen 17 akta sama," katanya.
Menurutnya, pihak JPPP DBKL pula mengeluarkan 11 notis kompaun atas pelbagai kesalahan.
"Ia membabitkan empat notis langgar syarat lesen, melantik pembantu premis warga asing (tiga notis), menyebabkan kacau ganggu (tiga notis) dan halangan dalam premis hiburan (satu notis).
"Kesalahan-kesalahan itu terletak di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit Bangunan 1974," katanya.
Dalam operasi itu juga, sebanyak 35 unit peralatan hiburan seperti DJ 'spinner', pembesar suara, 'amplifier', monitor, mikrofon, lampu berdiri serta tablet dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod dan dokumentasi lanjut.
Katanya, tindakan khas itu akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan tumpuan lain di sekitar ibu negara ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enaran-diarah-tutup |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|