CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6424|Reply: 0

[Selangor] Waris nelayan lemas terima dua faedah Perkeso

[Copy link]
Post time 20-5-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode

Steven (kiri) ketika hadir menziarah balu Allahyarham Mohd. Azrul dan anak-anaknya.

PETALING JAYA – Balu dan empat anak kepada nelayan, Mohd. Azrul Rosli, yang meninggal dunia akibat lemas pada 5 April lalu, menerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata Allahyarham merupakan pencarum Perkeso menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), sejak 24 Februari 2020.

Caruman itu katanya, adalah inisiatif oleh Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Pulau Pinang melalui potongan sekali setahun menerusi elaun sara hidup bulanan LKIM yang diterima Allahyarham.

“Ia melayakkan warisnya menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM1,395 setiap bulan dan Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000 secara sekali bayar.

“Balunya, Aiza Musliha Muda telah menerima bayaran pertama FOT pada Jumaat lalu. Bayaran FOT berkadar RM1,395 akan diberikan dan dibahagi mengikut syer masing- masing untuk sepanjang hayat buat Aiza.

“Empat anak Allahyarham pula sehingga mereka berusia 21 tahun atau selagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Ziarah Prihatin ke kediaman Allahyarham Mohd Azrul, di Titi Teras, di sini, selain menyerahkan sumbangan wakallah Perkeso dan kotak prihatin, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, gerakan mencari diaktifkan apabila Mohd Azrul dilaporkan tidak pulang daripada keluar menangkap ikan secara bersendirian, sebelum ditemui mati lemas, keesokan hari.

Tambah Steven, ketika ini terdapat 37,047 nelayan sahaja yang berdaftar daripada keseluruhan 611,617 orang bekerja sendiri (OBS) aktif menerusi Akta 789.

“Perkeso sudah meluluskan sebanyak 1,925 kes tuntutan faedah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini dengan jumlah pembayaran yang mencecah RM8.01 juta.

“Individu bekerja sendiri termasuk nelayan perlu cakna mengenai kepentingan jaringan keselamatan sosial dalam menyediakan perlindungan komprehensif yang bukan sekadar menjaga kebajikan pencarum, sebaliknya tanggungan mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... dua-faedah-perkeso/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.045978 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list