View: 8877|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Pegang paha budak perempuan, warga emas dihukum jel 3 tahun
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Teluk Intan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang lelaki atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh paha budak perempuan berusia enam tahun, dua tahun lalu.
Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin, memutuskan hukuman berkenaan terhadap Mohd Ali Hassan, 59, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes di akhir kes pembelaan.
Beliau juga mengarahkan lelaki itu menjalani kaunseling pemulihan sepanjang di penjara dan diawasi polis selama setahun selepas selesai menjalani hukuman berkenaan.
"Mahkamah sedar bagi pihak pendakwaan hukuman tiga tahun penjara dan tanpa sebatan adalah hukuman ringan bagi kes melalui perbicaraan penuh.
"Bagaimanapun, mahkamah berpendapat hukuman perlu bersifat manusiawi dan realistik terhadap tertuduh dengan mengambil kira sabitan lampau, jenayah, umur serta faktor kesihatan.
"Tertuduh uzur dan tiada rekod lampau. Amang seksual dilakukan adalah kesalahan serius, namun hanya membabitkan sentuhan tanpa aksi jelik lain.
"SP2 (mangsa yang juga saksi pendakwaan kedua) tiada hubungan dengan tertuduh dan tidak melalui proses 'sexual grooming' (pengantunan seksual)," katanya dalam alasan penghakiman bertarikh 17 Mei lalu yang dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-Kehakiman.
Mengikut pertuduhan, Mohd Ali didakwa melakukan amang seksual fizikal itu di Sungai Manik, Langkap, Perak, jam 3.30 petang pada 21 Oktober 2022 mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Intan Nurul Farena berkata, paha adalah bahagian badan sulit manusia berdekatan kemaluan dan oleh itu, terang lagi bersuluh bahawa sentuhan di paha mangsa bertujuan seksual.
"Apatah lagi ia dilakukan tertuduh ketika tiada orang lain di kawasan berkenaan walaupun ia tempat terbuka.
"Secara logiknya, tertuduh tidak akan melakukan perbuatan sedemikian jika SP2 ditemani orang lain waktu itu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... dihukum-jel-3-tahun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|