CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8968|Reply: 0

[Selangor] MAQIS tahan anjing pasangan Iran

[Copy link]
Post time 22-5-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode

Anjing baka Pomeranian yang cuba dibawa satu pasangan warga Iran ditahan di MAQIS di KLIA, Isnin lalu. - BERNAMA/Ihsan MAQIS

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan seekor anjing baka Pomeranian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tiada permit import sah.

Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata anjing berkenaan cuba dibawa masuk oleh satu pasangan warga Iran yang menaiki penerbangan dari Turkiye, Isnin lalu.

"Kemasukan seekor anjing baka Pomeranian itu berjaya dikesan oleh dua pegawai penguat kuasa MAQIS sekitar jam 6.30 petang di Pejabat MAQIS Terminal 1, KLIA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sobri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya.

MAQIS sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisme yang dibawa masuk ke Malaysia bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta tidak akan menjejaskan sektor pertanian negara.

https://www.bharian.com.my/berit ... njing-pasangan-iran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.092909 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list