CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6609|Reply: 0

[Terengganu] Burger RM2.50 laris, raih jualan 500 biji setiap hari

[Copy link]
Post time 22-5-2024 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Dua pekerja Eko Burger's menyiapkan tempahan pelanggan di gerai yang beroperasi di Jalan Budiman, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU - Walaupun turut merasai kesan kenaikan kos bahan mentah, seorang peniaga yang menjual burger serendah RM2.50 masih mampu meraih jualah mencecah 500 biji sehari.

Badrul Amin Rapinggi, 24, berkata, burger yang dijual di gerai Eko Burger's di Jalan Budiman di sini, antara yang termurah di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Menurutnya, walaupun tidak meraih untung yang banyak, perniagaannya itu masih boleh mencatatkan keuntungan berdasarkan kuantiti jualan yang tinggi.

"Kita lebih tertumpu untuk menyasarkan kuantiti jualan yang tinggi. Walaupun harga ditawarkan masih rendah, kualiti bahan yang digunakan dan rasa burger masih dititikberatkan.



Dua pekerja Eko Burger's menyiapkan tempahan pelanggan di gerai yang beroperasi di Jalan Budiman, Kuala Terengganu.

"Secara purata jualan burger di gerai ini antara 400 hingga 500 biji setiap hari dan jumlah itu akan meningkat kepada 800 hingga 1,000 pada musim cuti persekolahan.

"Selain pelanggan yang datang sendiri ke gerai, saya turut menggunakan khidmat penghantaran makanan seperti Grab, Food Panda dan Misi Rakyat serta melalui penghantar makanan secara persendirian," katanya ketika ditemui di sini pada malam Selasa.

Badrul Amin berkata, ketika awal beroperasi pada 2019, burger ayam dan daging hanya dijual pada harga RM2, namun terpaksa dinaikkan 50 sen sehingga kini bagi menampung harga bahan yang semakin melonjak.



Senarai harga diletakkan di hadapan gerai bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan burger yang diingini.

"Ketika ini burger benjo masih dijual dengan harga RM2 manakala burger ayam dan daging pula RM2.50. Bagi burger daging dan ayam istimewa pula kita hanya dijual RM3, burger kahwin (RM3.50), oblong daging (RM5) dan burger kambing (RM6).

"Sebenarnya ramai pelanggan yang kali pertama membeli burger di sini terkejut dengan harga yang saya tawarkan.

"Pelanggan yang sudah biasa dan sudah tahu kami jual harga murah berharap agar ia dikekalkan untuk tempoh jangka masa yang panjang," katanya.



Menurut Badrul Amin, gerai burger itu memfokuskan tempahan dalam talian dan pelanggan yang datang secara terus oleh penduduk setempat.


Gerai burger yang menawarkan harga serendah RM2.50 di Jalan Budiman, Kuala Terengganu mendapat sambutan pelanggan.

Katanya lagi, harga yang ditawarkan itu juga akan dikekalkan dan tidak berhasrat untuk menaikkan harga.

"Saya tidak bercadang untuk menaikkan harga burger kerana mahu berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampuan," ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... 00-biji-setiap-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.046825 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list