CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5987|Reply: 0

[Kelantan] 3 jeti di Kelantan berdepan masalah muara cetek

[Copy link]
Post time 22-5-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode

Masalah muara cetek di Pantai Kuala Besar menyebabkan nelayan sukar keluar ke laut. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Tiga jeti di Kelantan berdepan masalah muara cetek sejak lebih 10 tahun lalu sehingga menyukarkan pergerakan bot nelayan keluar masuk.

Jeti berkenaan adalah Jeti Kuala Besar, Jeti Sungai Gali dan Jeti Kemasin di Kota Bharu dan Bachok yang kini semakin teruk sehingga bot terpaksa pergi ke jeti lain yang membabitkan lokasi lebih jauh.

Antara faktor yang menyebabkan muara semakin cetek adalah pasir dari luar muara ditolak masuk oleh ombak besar sehingga berlaku mendapan pasir.

Masalah itu juga menyebabkan ada dalam kalangan nelayan malas turun ke laut kerana memikirkan lokasi menurunkan hasil ikan dan penempatan bot yang lebih jauh dan dianggap membazir masa.


Pengerusi Persatuan Nelayan Kelantan (Peneka) Mohd Saripudin Ishak berkata, masalah yang membelenggu nelayan itu sudah diajukan kepada pihak tertentu namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Sebagai contoh bot berkenaan sepatutnya turun di Jeti Kuala Besar dan Jeti Kemasin, namun disebabkan masalah yang berlaku, mereka terpaksa pergi ke jeti yang lebih jauh dan semestinya membabitkan pertambahan kos untuk membawa hasil laut.

"Masalah ini sudah berlaku sekian lama. Ada ketika, nelayan terpaksa menunggu waktu air pasang sehingga beberapa jam semata-mata untuk ke jeti berkenaan kerana tidak mahu ke lokasi yang lebih jauh.

"Justeru, saya berharap masalah ini dapat diatasi oleh kerajaan negeri atau kerajaan Pusat kerana masalah yang berlaku menjejaskan pendapatan nelayan," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, nelayan, Muhamad Faiza Ibrahim, 44, dari Jeti Kuala Besar berkata, disebabkan masalah muara cetek, hanya bot kecil sahaja boleh masuk ke jeti berkenaan.

"Bagi bot kelas B dan C, mereka terpaksa menumpang di jeti yang lain sehingga ke Pasir Puteh dan perkara itu menjadi bebanan dan rungutan di kalangan kami.

"Apa yang saya harapkan pihak berkaitan menyelesaikan masalah yang dialami selain membina benteng ombak tidak boleh membawa pasir ke muara berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... masalah-muara-cetek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074561 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list