CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5736|Reply: 0

[Selangor] ‘Jarang jumpa pak polis baik begini’

[Copy link]
Post time 22-5-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video yang dimuat naik @mpv_shah di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Sikap berbudi bahasa seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyantuni warga Indonesia ketika menahannya di tepi jalan bukan sahaja menerima pujian penduduk Malaysia malah rakyat Indonesia juga.

Menerusi video dimuat naik oleh @mpv_shah di akaun TikTok, pada mulanya dia menahan kenderaan itu yang dinaiki beberapa pekerja asing warga Indonesia ketika melakukan rondaan.

Kemudian setelah membuat semakan, kesemua warga Indonesia itu memiliki permit dan lesen kenderaan yang sah.

Yang menarik perhatian pengguna media sosial adalah, pemilihan bahasa dan penggunaan kata anggota polis itu yang begitu ramah dan lembut menyapa kesemua warga asing terbabit.

“Oh kamu baru sampai Malaysia semalam? Ok, kerja bagus-baguslah duduk Malaysia. Rakyat Malaysia ni tak kira siapa, kami sambut dengan baik.

“Jadi duduk Malaysia, duduk elok-elok. Jangan buat perangai. Dekat Malaysia ada undang-undang sama juga macam undang-undang di Indonesia.

“Ini Wak baguslah, ada permit. Ada lesen memandu kira baguslah. Saya pun hanya manusia biasa. Saya duduk Malaysia ni sebagai anggota polis. Kita saling menghormati, bagi kerjasama yang elok,” kata anggota polis itu kepada kesemua warga asing itu.

Di penghujung video, anggota itu juga turut menitipkan pesanan penting agar kesemua warga Indonesia itu menjaga keselamatan diri dimana juga mereka berada.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 2.1 juta tontonan, 150,900 tanda suka dan 2,797 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang memuji anggota polis itu yang berbudi bahasa terhadap sesiapa pun termasuklah warga asing.

“Salam dari rakyat Indonesia, jarang jumpa abang polis macam ni. Sejuk hati saya dengar anggota polis macam ni,” komen Pantura.

“Saya dari Indonesia, hormat Tuan. Semoga sihat selalu dipermudah segala urusan. Polis dan masyarakat berpisah tiada,” komen Elyana.

“Tuan betul-betul layak jadi seorang polis. Apa pun terima kasih tuan kerana menjaga akhlak dan budi bahasa,” komen Abd. Hamid pula. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -polis-baik-begini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 1.083965 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list