CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2802|Reply: 0

Gaun ‘tembikai’ Cate Blanchett curi perhatian

[Copy link]
Post time 22-5-2024 03:53 PM | Show all posts |Read mode

MEMBAWA simbolik solidariti terhadap rakyat Palestin, kemunculan Cate Blanchett dengan gaun warna 'tembikai' pada acara hiburan berkelas dunia dipuji ramai.

CANNES – Kemunculan pelakon handalan, Cate Blanchett pada acara karpet merah Festival Filem Cannes, Perancis mencuri perhatian apabila dikatakan mempamerkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Blanchett, 55, diihat tenang dan tersenyum sambil melambaikan tangan ke arah media serta peminat.

Pelakon filem Ocean’s 8 itu gaun berwarna hitam di bahagian hadapan manakala putih di belakang sementara hijau pada sebelah dalam.

Menurut Pengarang Vogue Arabia, Livia Firth, tindakan pelakon kelahiran Australia itu dilihat sebagai salah satu usaha mempamerkan tanda sokongan terhadap Palestin.

“Warna pakaiannya sama seperti bendera Palestin yang bergabungkan dengan warna merah karpet,” katanya.

Tindakan Blanchett itu sekali gus dihujani pujian kerana dilihat berani menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.

Pada Oktober lalu, Blanchett bersama 55 bintang Hollywood lain telah menandatangi surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bagi menggesa gencatan senjata di Gaza.

Malah, beliau sendiri pernah menggesa pemimpin negara Eropah untuk memberi perlindungan kepada rakyat Palestin di negara mereka.

“Saya bukan orang Syria. Saya bukan orang Ukraine. Saya bukan orang Yaman, Saya bukan orang Afghanistan. Saya bukan orang Sudan. Saya bukan Israel atau Palestin.

“Saya bukan ahli politik. Saya bukan pakar. Tetapi saya adalah saksi dan telah menyaksikan korban perang, keganasan dan penganiayaan manusia dari seluruh dunia.

“Saya tidak boleh berpaling muka melihat perkara ini berlaku,” katanya.

Untuk info Festival Filem Cannes menyaksikan barisan artis papan atas dari pelbagai negara berkumpulan untuk saling bertukar pendapat tentang dunia perfileman dunia. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ett-curi-perhatian/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.033483 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list