CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2454|Reply: 0

[Sabah] Perjuangan menuntut hak masih diteruskan

[Copy link]
Post time 22-5-2024 08:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-5-2024 12:13 PM



ANIFAH

KOTA KINABALU: Pendirian Kerajaan Sabah untuk menuntut semua hak mutlak negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Perlembagaan Persekutuan 'tanpa kompromi' memberi gambaran dan keyakinan bahawa perjuangan tuntutan hak masih diteruskan, kata Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman.

Mengulas lanjut, Anifah berkata, kenyataan itu dikeluarkan selepas apa yang digambarkan pelbagai pihak sebagai 'kesilapan' di pihak Kerajaan Negeri semasa semakan kehakiman mengenai 40 peratus hasil kutipan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di Mahkamah Rayuan, minggu lalu.

"Secara objektif, kesilapan yang berlaku telah membawa sesuatu yang sangat positif. Satu mesej yang jelas bahawa Sabah tidak berundur walau seinci pun. Kata-kata yang digunakan oleh Ketua Menteri dalam kenyataan beliau cukup lantang dan jelas.

"Sementara kita harus belajar daripada apa yang telah berlaku, dari kesilapan yang telah dilakukan, ayuh kita bina juga kekuatan kita. Secara peribadi, saya melihat isu MA63 telah menyatukan semua rakyat Sabah walaupun ada perbezaan diantara kita. Namun inilah yang menjadikan kita lebih kuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Anifah pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar dari 2009 hingga 2018, merupakan figura awal dan tokoh utama dalam membawa MA63 ke dalam arus perdana politik sewaktu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau merupakan antara pengasas bersama kumpulan MySabah dan ketika itu turut mendesak untuk mewujudkan panel semakan MA63.


Kemudian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak bersetuju dan selepas itu jawatankuasa terbabit dibentuk, dengan Anifah mempengerusikannya bersama dengan Menteri Undang-Undang ketika itu Datuk Nancy Shukri dari Sarawak.

Pada 2018, Anifah keluar daripada bekas partinya UMNO, dengan alasan parti (BN) itu gagal menunaikan janji MA63.

"Saya bertegas bahawa saya mahu rakyat Sabah mendapat layanan sama rata (seperti rakyat lain) dan hak penuh, tanpa sebarang kelewatan dan alasan. MA63 adalah titik permulaan pembentukan Persekutuan yang kita kenali sebagai Malaysia hari ini," kata Anifah ketika masa itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor baru-baru ini, dengan tegas telah menyatakan bahawa Sabah tidak akan sesekali melepaskan hak asasi perlembagaannya berhubung pemberian khas hasil bersih 40 peratus di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Hajiji dipetik berkata ia adalah hak kewangan negeri dan 'jauh lebih daripada sekadar aspirasi'.

Dalam prosiding rayuan Khamis lalu, kemasukan saat akhir kerajaan negeri sebagai 'pencelah' menyaksikan peguam yang mewakili pejabat Peguam Besar negeri, Tengku Fuad Ahmad mempersoalkan locus standi Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dalam mendapatkan semakan kelayakan 40 peratus hasil negeri.

Fuad dipetik berkata Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan 'bukan hak mandatori atau mutlak' dan 40 peratus hasil geran khas adalah artikel aspirasi, direka untuk diusahakan dan bukannya hak mutlak di bawah mandamus.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menolak dakwaan berkenaan.

Peguam Negara Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, yang berdepan dengan desakan daripada pelbagai pihak supaya meletakkan jawatan itu berhubung pengendalian perkara itu, memberi jaminan pejabatnya akan mengambil langkah untuk membetulkan 'kenyataan yang tersasar' oleh peguamnya.

"Jabatan Peguam Besar Negeri akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membetulkan sebarang kenyataan yang tersasar daripada pendirian rasmi dan jelas negeri," katanya dalam kenyataannya.

Sementara itu, Anifah turut merayu agar rakyat bertenang supaya isu berkenaan dapat ditangani demi kepentingan terbaik negeri dan rakyat.

“Apa sahaja tindakan dan keputusan yang kita buat mestilah demi kepentingan terbaik Sabah dan rakyat.

“Perjalanan kita dalam memperjuangkan hak kita cukup lama. Siapa tahu bila kita akan mencapai matlamat kita. Namun tidak wajar untuk kita berpecah atau menjadi musuh pihak tertentu sepanjang perjalanan ini. Kita semua bersama dalam hal ini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197246 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049848 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list