CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5797|Reply: 0

[Selangor] ‘Anda bayar bukan untuk rosakkan harta benda homestay saya’

[Copy link]
Post time 23-5-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Pemilik inap desa tebabit berkongsi keadaan rumah selepas ditinggalkan pelanggan.

PETALING JAYA – “Ya betul anda bayar tapi kena ingat, apa yang anda bayar itu bukanlah untuk merosakkan harta benda ‘homestay’ saya”.

Demikian teguran seorang pemilik inap desa apabila hampir sebahagian kemudahan yang disediakan di dalam rumah tersebut telah dirosakkan pelanggannya.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @lazichomestay semalam, pemilik tersebut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pelanggan yang dikatakan tidak beradab sehingga dia terpaksa menanggung kerugian atas kerosakan harta benda di inap desa terbabit.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, keadaan dalam dan luar rumah kelihatan berselerak seperti baru dilanda ribut.

Selain itu, keadaan kolam renang juga kotor dan dicemari batu-batuan serta sampah.

Lebih mengejutkan, kemudahan pelampung yang disediakan untuk kanak-kanak mandi di dalam kolam telah bocor dan koyak, selain tiang gol mini mengalami kerosakan teruk.

“Saya nak cakap pun berat hati, tapi terpaksa juga cakap. Siapa-siapa yang menyewa homestay, minta kasihanlah sikit. Kalau tak nak kasihan pada saya pun, kasihanlah pada pelanggan-pelanggan yang baru nak masuk ke homestay saya ini,” kata pemilik itu.

“Apa yang anda bayar itu, setiap sen dan ringgit yang anda bayar itu adalah untuk servis, keselesaan, untuk kemewahan yang saya sediakan. Bukan untuk anda rosakkan.

“Betul anda ada hak sebagai pelanggan, tapi kena ingat juga pemilik homestay ada hati dan perasaan,” katanya.

Perkongsian pemilik itu mendapat lebih 600,000 tontonan dalam tempoh 24 jam ia dimuat naik dan pelbagai reaksi diberikan orang ramai termasuklah ada yang mengecam tindakan pelanggan terbabit. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... enda-homestay-saya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.941504 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list