CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5790|Reply: 0

[Selangor] Rakyat Malaysia semakin gemuk

[Copy link]
Post time 23-5-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lebih separuh daripada rakyat dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti setakat tahun lalu.

Menerusi poster yang dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) Bahagian Pemakanan di platform media sosialnya, sebanyak 54.4 peratus daripada 23.6 juta rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan.

Katanya, trend berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa di Malaysia meningkat lebih tiga peratus setiap tahun dari 2011 hingga 2023.

Terdahulu, data terkini The The World Factbook – Central Intellange Agencie dari 2016 hingga 2024 mendedahkan Malaysia muncul sebagai negara kedua di Asia Tenggara yang mempunyai ramai rakyat gemuk.

Brunei muncul sebagai pendahulu dengan 28.2 peratus rakyatnya mempunyai masalah berat badan, manakala Malaysia menduduki tempat kedua tertinggi mengutip peratusan sebanyak 19.7 peratus.

Singapura dan Thailand, terikat pada 11.6 peratus di tangga ketiga dan keempat, manakala di bawahnya adalah Filipina, Indonesia, Myanmar, Laos, serta Kemboja.

Dalam pada itu, KKM berkongsi lapan langkah pencegahan terbaik mengelakkan obesiti.

“Obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular dalam kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya selain mampu menyumbang kepada banyak penyakit kronik lain sehingga berisiko membawa kematian.

“Antara langkah pencegahan yang disaran adalah pilih makanan rendah gula dan lemak, makan dalam kuantiti kecil, kurangkan masa bermain gadjet dan gantikan dengan aktiviti riadah.

“Selain itu, minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, makan selewat-lewat tiga hingga empat jam sebelum tidur, lakukan senaman secara tetap dan berkala serta pantau berat badan sekali seminggu,” pesannya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ysia-semakin-gemuk/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.057916 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list