CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7076|Reply: 0

[Terengganu] Tergamak buang bayi di kedai ayam

[Copy link]
Post time 23-5-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Pasangan kekasih mengaku salah mengabaikan bayi lelaki mereka ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini. Foto Rosli Ilham

Chukai: Pasangan kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan membuang bayi lelaki mereka di lantai kedai menjual ayam.

Tertuduh, Nur Aisyah Azila Zairul Akmal, 21, dan Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd Noor, 24, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membuang bayi berusia tujuh hari

di Kedai Ayam Bukit Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai di sini, pada 20 Mei lalu.


Mereka dituduh mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan itu, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 seorang dengan seorang penjamin dan mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 28 mei sebagai tarikh pengurusan fakta dan jatuh hukuman.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nurul Farhana Shamsudin.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu ditahan selepas bayi lelaki seberat kira-kira tiga kilogram ditemui ditinggalkan di atas lantai kedai menjual ayam oleh pemandu lori yang berada di situ untuk menghantar bekalan pada Sabtu lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bayi-di-kedai-ayam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.227482 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list