View: 7194|Reply: 1
|
[Kelantan]
Lelaki OKU dituduh pukul isteri dengan batang penyapu
[Copy link]
|
|
Seorang orang kurang upaya (OKU), Md Syahrul Efendi Muhamad, 47, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang penyapu. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Lelaki orang kurang upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang penyapu pada 10 Mei lalu.
Tertuduh, Md Syahrul Efendi Muhamad, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan isteri, Noraziati Mohd Rebuih, 37, dengan menggunakan batang penyapu.
Perbuatan itu dilakukan jam 10 pagi di sebuah rumah di Kampung Berhala Banggu pada 10 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dari dua hukuman itu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nurie Ab Rahman.
Terdahulu, Ahmad Nurie memohon jaminan RM7,000 ditawarkan memandangkan tertuduh adalah pemegang kad OKU dan hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit milik ibunya, manakala Ahmad Faiz Fitri memohon jaminan RM10,000 ditawarkan.
Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
https://www.bharian.com.my/berit ... ngan-batang-penyapu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak padan dgn oku, kat mana ygcacat, tgk elok ja |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|