CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7304|Reply: 0

[Perak] Banjir terburuk di Parit - Mangsa

[Copy link]
Post time 23-5-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Rumah penduduk di Kampung Serapoh masih digenangi air banjir. - Foto BH/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

PERAK TENGAH: Hujan lebat berterusan yang menyebabkan banjir melanda Kampung Serapoh dan Kampung Buluh Akar, di sini malam tadi antara yang terburuk dalam tempoh 10 tahun.

Norlizah Sudar, 50, berkata ini kali pertama banjir mencecah paras lebih satu meter hingga turut menenggelamkan perabot, barang elektrik dan pakaian mereka.

Beliau yang juga usahawan sambal pecal berkata, semua mesin pemprosesan dan bahan mentah seperti kacang tanah, gula dan belacan di bengkel sebelah kediamannya juga rosak dengan kerugian RM15,000.

"Sebelum ini, pernah berlaku juga banjir namun tidak pernah bengkel kami tenggelam.


"Air membawa lumpur naik begitu pantas sementara kami sekeluarga langsung tidak bersedia kerana tidak menyangka akan berlaku banjir seteruk ini," kata ibu dua anak itu ketika ditemui di Kampung Serapoh, di sini, hari ini.

Tinjauan BH mendapati, penduduk mula mencuci kediaman masing-masing yang dimasuki lumpur.

Seorang lagi penduduk, Basri Abdul Hamid, 74, terkejut berikutan arus deras air banjir menghayutkan sofa dan perkakas berkebun kira-kira 200 meter dari rumahnya di Kampung Serapoh.

"Ini paling teruk selepas banjir besar 2014. Saya cuma sempat selamatkan ubat-ubatan sebelum dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga.

"Saya pulang pagi ini lihat rumah sudah tunggang-langgang dengan sofa dihanyutkan ke luar rumah," kata pesara tentera itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Tiga, Mohd Yusoff Yahaya, 65, berkata sebanyak 37 rumah terbabit dalam banjir kali ini.

"Sukarelawan sudah digerakkan bagi membantu kerja pembersihan di kediaman penduduk kampung yang terjejas," katanya.

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata setakat 12 tengah hari ini, PPS SK Simpang Tiga Parit menempatkan 209 mangsa daripada 73 keluarga terjejas banjir di daerah Perak Tengah.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak pula melaporkan, paras air Sungai Ijok di Stesen Titi Ijok dalam daerah Larut, Matang dan Selama berada pada paras berbahaya, manakala Sungai Kinta di Stesen Tanjung Tualang dalam daerah Kinta berada pada paras berjaga-jaga.
https://www.bharian.com.my/berit ... ruk-di-parit-mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.209659 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list