View: 7196|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Penganggur dipenjara, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad
[Copy link]
|
|
Lim Yu Hui mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan. - Foto BH
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya, dua tahun lalu.
Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Lim Yu Hui, 29, selepas dia mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dan memerintahkan hukuman enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan itu berjalan serentak, bermula hari ini.
Yu Hui didakwa secara sedar memuat naik tiga hantaran komen jelik di laman Facebook menerusi akaun Hallowen Day dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di sebuah bengkel di Jalan Cecily, Sandakan, Sabah, di antara 9.24 hingga 9.30 pagi, 18 September 2022.
Semua hantaran itu dilihat di sebuah unit residensi di Pantai Sentral di sini pada 10 pagi tarikh sama.
Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntuk denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memohon hukuman setimpal, susulan tiga hantaran yang dibuat Yu Hui dilakukan secara sengaja dalam tempoh masa berturut-turut dengan niat untuk menyakiti pembaca.
Bagaimanapun, Yu Hui yang tidak diwakili peguam memohon agar dikenakan hukuman penjara atas alasan tidak mampu untuk membayar denda kerana baru diberhenti kerja berikutan kes yang dihadapinya.
"Saya menyesal atas perbuatan saya," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... hadap-nabi-muhammad |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|