View: 5619|Reply: 0
|
KDA lepas banyak peluang punca terlepas tiga mata
[Copy link]
|
|
Nafuzi Zain (kanan)-FOTO KDA FC
Alor Setar : Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain jelas kecewa kekalahan kedua yang menimpa skuadnya di tangan Perak pada aksi Derby Utara di Stadium Darul Aman semalam.
Menurut Nafuzi, skuadnya sudah berusaha sehabis baik apabila menguasai perlawanan semalam termasuklah melakukan deretan serangan ke arah kubu Perak FC untuk memburu gol.
"Apa yang membezakan antara kami dan pasukan lawan adalah Perak FC manfaatkan jaringan dengan dua gol dan kami tidak tidak dapat menghasilkan gol walaupun pemain saya telah memberi aksi yang luar biasa pada malam ini (semalam).
"Banyak peluang untuk mendapatkan gol seperti percubaan yang terkena palang, tetapi apakan daya kerana pemain sudah berusaha dengan sepenuhnya. Saya anggap tiada rezeki kami malam ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Nafuzi juga berkata di sebalik usaha anak buahnya itu, beliau mengakui Perak FC di bawah kendalian Ketua Jurulatih Yusri Che Lah hadir dengan kekuatan serta disiplin yang tinggi dalam bertahan.
"Kita tahu Perak FC juga hadir beraksi dengan baik dan disiplin bertahan bagi menangkis banyak serangan yang dibuat Kedah selain berjaya memanfaatkan peluang untuk gol.
Pada perlawanan malam tadi menyaksikan KDA FC tewas 0-2 di tangan Perak dengan kedua-dua gol dijaringkan Lee Tae Min.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -terlepas-tiga-mata |
|
|
|
|
|
|
| |
|