View: 2710|Reply: 0
|
[Perak]
Stesen minyak di Tambun dikesan bersubahat dengan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi
[Copy link]
|
|
PENGUAT KUASA KPDN menunjukkan tangki lori yang diubahsuai untuk menyeleweng diesel bersubsidi. FOTO ihsan KPDN Perak
Ipoh: Pemilik sebuah stesen minyak di Tambun, di sini, berdepan tindakan mahkamah kerana dipercayai bersubahat dengan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi apabila membenarkan sehingga 3,000 liter bahan bakar itu diisi dalam masa sejam.
Tindakan perundangan itu termasuk syor pembatalan Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) iaitu lesen runcit barang kawalan minyak diesel jika didapati bersalah kerana bersubahat dalam penyelewengan itu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan ke atas stesen minyak itu dibuat susulan serbuan ke atas sebuah stor di Gopeng jam 9 pagi semalam yang turut membawa kepada penahanan dua individu.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu mendapati penyelewengan diesel dilakukan dengan modus operandi menggunakan sebuah lori kanvas yang diubah suai tangki asalnya lalu membuat pembelian secara berulang di stesen minyak sekitar Ipoh.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan 7,000 liter anggaran cecair disyaki diesel dalam tangki skid, serta beberapa peralatan lain seperti tangki IBC, mesin pam dan wayar hos dengan kesemuanya disita untuk tindakan lanjut.
"Pemandu lori lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan pemilik stor berumur 32 tahun sudah ditahan untuk siasatan lanjut. Nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM78,933.
"Tindakan susulan hasil maklumat risikan, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN kemudiannya membuat serbuan ke atas stesen minyak di Tambun.
"Semakan awal mendapati pemilik syarikat mengaku membuat 13 transaksi pembelian diesel kepada pemandu lori yang ditahan sebanyak 3,000 liter dalam masa satu jam di stesen minyak itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, siasatan awal juga mendapati sindiket akan menjual diesel yang diseleweng di pasaran gelap pada harga lebih tinggi mencecah harga antara RM3 hingga RM4 per liter.
"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... diket-penyelewengan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|