CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4639|Reply: 0

[Kedah] 'Saya diuji hilang anak tersayang, pundi kencing, rahim'

[Copy link]
Post time 25-5-2024 05:15 PM | Show all posts |Read mode

(kiri) Siti Fatimah bersama suami dan anak-anak. Dia kehilangan Ahmad Dareeq Marwan akibat komplikasi kehamilan. FOTO Ihsan Siti Fatimah Sulaiman

Alor Setar: Tanggal 5 Februari lalu akan dikenang wanita ini sebagai tarikh yang mengubah hidupnya apabila bukan saja kehilangan anak tersayang, malah dia juga kehilangan pundi kencing dan dinding rahim akibat komplikasi ketika hamil.

Siti Fatimah Sulaiman, 32, diuji dengan ujian getir apabila uri kandungannya yang ketika itu hamil anak bongsu 'bergerak' hingga masuk ke dalam pundi kencing menyebabkan organ itu mengalami masalah dan pendarahan berterusan.

Dia kehilangan bayi yang dinamakan Ahmad Dareeq Marwan ketika kandungan berusia 22 minggu dan pundi kencingnya terpaksa dibuang menyebabkan dia perlu memakai beg stoma seumur hidup selain membuang dinding rahimnya yang keadaan itu menyebabkan dirinya sudah tidak boleh hamil.

Berkongsi kisahnya, Siti Fatimah berkata, dia melakukan pemeriksaan imbasan bayi ketika kandungan berusia 20 minggu dan dimaklumkan uri berada di bahagian bawah namun mengakui kedudukan itu boleh berubah.


Bagaimanapun dia mengalami pendarahan pada minggu ke 22 dan pemeriksaan mendapati tiada pendarahan di bahagian peranakan namun uri kandungannya masih berada di bawah dan melekat pada parut pembedahan lama di dinding rahim.

"Kemudian pada waktu malam air kencing saya berdarah dan imbasan yang dilakukan mendapati uri baru melanggar pundi kencing dan ada sedikit luka sebelum imbasan terperinci mendapati uri sudah masuk sepenuhnya dalam pundi kencing.

"Ketika itu say perlu menjalani pembedahan segera kerana ia berisiko kepada nyawa," katanya berasal dari Tandop, di sini kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia kehilangan banyak darah sehingga memerlukan 38 beg darah dan doktor juga memberitahu kes sepertinya jarang berlaku malah pembedahan bermula 11 pagi berakhir pada 10 malam.

"Anak saya tidak dapat bertahan dan hanya hidup selama tiga jam saja sebelum meninggal dunia. Doktor ada beritahu kalau diberikan bantuan pernafasan kemungkinan anak boleh hidup tetapi peluangnya tipis dan akan mengalami masalah.

"Doktor cuba selamatkan pundi kencing saya namun ia masih tetap berlaku pendarahan sebelum akhirnya terpaksa dibuang selain uterus saya juga gagal diselamatkan. Malah ketika itu jantung saya juga terhenti selama 10 minit," katanya.

Katanya, kehilangan anak dan dua organ sekali gus bukan mudah tetapi dia berdamai dengan takdir demi tiga lagi anak dan suami, Ahmad Faridzul Asraf Osman, 35, yang sentiasa memberi sokongan terutama ketika berpantang tanpa anak.

"Tarikh 5 Februari kekal diingati apabila Allah SWT ambil semula anak, pundi kencing dan dinding rahim saya tetapi Allah berikan saya 'tiket' ke syurga dengan anak sudah menanti kami di sana. Keluarga dan rakan juga banyak beri sokongan selain jururawat untuk membantu memulihkan semangat saya.

"Paling perit kehilangan anak selain pundi kencing yang kini saya perlu memakai dua beg stoma di kiri dan kanan. Bagi saya kehilangan dinding rahim tidak perit seperti kehilangan anak kerana saya memang sudah ambil keputusan untuk 'ikat' kerana tiga kelahiran sebelum ini semua melalui pembedahan.

"Saya sedih tetapi cuba positif dan kuat semangat kerana semua yang berlaku pasti ada hikmah-Nya dan tidak pernah menyalahkan takdir serta reda cuma sekarang dalam proses menerimanya," katanya menjalankan perniagaan percetakan.

Katanya, dia mendapatkan kekuatan daripada kasih sayang Allah yang memberinya peluang meneruskan kehidupan kerana jika diikutkan dia dijangka koma selama lima hingga enam hari namun dua hari selepas pembedahan dia sudah sedarkan diri.

"Saya dijangka akan berada di hospital selama tiga bulan tetapi dengan kuasa Allah juga dibenarkan keluar hospital selepas seminggu jadi saya perlu terus kuat demi anak dan suami sebab Allah sudah bantu saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pundi-kencing-rahim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.183400 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list