CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9317|Reply: 0

[Pulau Pinang] SPIL labur RM6 bilion bina kemudahan semikonduktor di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 26-5-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode
SPIL labur RM6 bilion bina kemudahan semikonduktor di Pulau Pinang


Mei 26, 2024 @ 11:11am



Majlis pecah tanah bagi pembinaan kilang syarikat dari Taiwan itu dilaksanakan pada Jumaat.




KUALA LUMPUR: Syarikat pembungkusan dan pengujian semikonduktor Siliconware Precision Industries Co Ltd (SPIL) akan membina kilang P1 bernilai RM6 bilion di atas sebidang tanah seluas lapan hektar di Bandar Cassia Technology Park, Pulau Pinang.

Majlis pecah tanah bagi pembinaan kilang syarikat dari Taiwan itu dilaksanakan pada Jumaat.

Kilang itu dijangka menjana 3,000 peluang pekerjaan berkemahiran, serta memperkenalkan teknologi pembungkusan dan pengujian termaju seperti wafer bumping, dan menawarkan penyelesaian siap guna menyeluruh selama 15 tahun, kata SPIL dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) serta InvestPenang dalam satu kenyataan bersama.

"Inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan kitaran pengeluaran dengan ketara, meningkatkan kecekapan dan daya saing dalam industri semikonduktor," katanya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan RM6 bilion oleh SPIL ini mengesahkan kedudukan Malaysia bukan sahaja sebagai destinasi pilihan bagi syarikat semikonduktor global, tetapi juga sebagai sebuah negara yang serius dalam melaksanakan komitmen terhadap pelabur.

Beliau berkata Pasukan Petugas Strategik Semikonduktor Nasional telah memacu banyak inisiatif utama untuk menarik dan melaksanakan pelaburan dalam sektor ini, disokong oleh kepakaran MIDA selama lebih setengah abad.

"Semua ini adalah faktor kejayaan utama bagi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, yang bertujuan untuk meningkatkan kompleksiti ekonomi dan menjalin hubungan yang lebih kukuh antara syarikat global dan perusahaan kecil dan sederhana tempatan, sambil mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran dan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia.

"Saya yakin inisiatif ini juga akan membantu meningkatkan kedudukan sektor semikonduktor kita dalam rantaian nilai global," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA, Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata pelaburan SPIL membawa kelebihan yang besar kepada industri semikonduktor Malaysia.

"Sebagai salah satu daripada 10 syarikat pemasangan dan ujian semikonduktor penyumberan luar terbaik global, pembinaan kemudahan (SPIL) di Pulau Pinang adalah bukti kepada ekosistem semikonduktor negara yang mantap.

"Projek ini akan meningkatkan dengan ketara rantaian bekalan negara, khususnya dalam industri semikonduktor, dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam bidang kejuruteraan dan teknikal untuk rakyat Malaysia," katanya.

Sikh Shamsul berkata ia juga akan mempercepatkan eksport produk buatan Malaysia di peringkat global, meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam pasaran semikonduktor antarabangsa dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Sementara itu, CEO SPIL Malaysia Michael Chang berkata penubuhan kilang P1 akan memupuk inovasi di Pulau Pinang, mewujudkan pangkalan pembungkusan dan ujian termaju, memupuk bakat dan tenaga kerja dalam semikonduktor, serta meningkatkan keupayaan teknologi.

Chang melahirkan ucapan terima kasih kepada MIDA dan InvestPenang atas bimbingan mereka sepanjang projek itu, yang mempamerkan kejayaan kerjasama antara kerajaan pusat dan tempatan.

Beliau juga berkata pengembangan SPIL sejajar dengan trend global, meletakkan Malaysia sebagai hab penting bagi Asia Timur dan rantaian bekalan perindustrian global.

"Langkah strategik ini akan mengukuhkan pasaran pembungkusan dan pengujian global, memacu inovasi dan pembangunan dalam kumpulan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Lembah Silikon Timur," katanya.

SPIL juga komited terhadap kelestarian alam sekitar, setelah melaksanakan pelbagai langkah pembuatan hijau seperti penjimatan tenaga dan air serta pengurangan sisa semasa peringkat pembinaan.

Ia turut merancang untuk mendapatkan Inisiatif Bangunan Hijau (GBI) Green Globes Certification dan mencapai matlamat pengurangan karbon bersih-sifar 2050 melalui penambahbaikan proses, pemuliharaan tenaga bangunan hijau dan pelaburan dalam tenaga elektrik hijau. – Bernama







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055336 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list