View: 7289|Reply: 0
|
[Kelantan]
Isu wanita langkah kubur akan dirujuk kepada Jakim
[Copy link]
|
|
ZULKIFLI pada sidang media sempena Program Bicara Eksklusif Bersama Penjawat Awam Persekutuan Kelantan di Dewan Misai Kucing di RTC, di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Tindakan dua wanita yang melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan seperti tular di media sosial semalam, akan dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan jabatan mufti.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, perkara berkaitan aspek hukum perlu dirujuk kepada pihak berkuasa.
Katanya, pihak berkuasa akan membantu bagi meredakan perselisihan faham masyarakat.
"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya apa-apa pandangan (yang diberikan) perlu mengambil kira pandangan maslahah dan masyarakat secara umum.
"Jadi kita sama-sama menjaga sensitiviti dan keharmonian untuk memastikan apa yang kita lakukan itu adalah berdasarkan nas yang sohih dan amalan yang dibenarkan oleh Islam.
"Sekiranya ada kekaburan perlu melakukan penyelidikan dan bertanya kepada mereka yang berautoriti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Bicara Eksklusif Bersama Penjawat Awam Persekutuan Kelantan di Dewan Misai Kucing di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
Media semalam melaporkan tindakan dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu melampaui batas dan tidak menghormati agama serta waris pemilik kubur berkenaan.
Terdahulu video berdurasi 37 saat yang memaparkan tindakan keterlaluan dua wanita itu dipercayai dikongsikan seorang pengguna TikTok sebelum video sama turut dikongsikan di Facebook (FB) oleh pengguna lain.
Berdasarkan video berkenaan, seorang wanita merakam video itu memberitahu rakannya mengenai dakwaan jika melangkah kubur, pemiliknya (individu yang sudah meninggal dunia itu) akan datang mencari individu itu pada waktu malam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... irujuk-kepada-jakim |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|