CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6633|Reply: 0

[Kedah] Pasangan tular sudah menghilangkan diri

[Copy link]
Post time 26-5-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan tular sudah menghilangkan diri


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LAPORAN Harian Metro sebelum ini.





Alor Setar: Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan yang tular baru-baru ini dipercayai sudah menghilangkan diri.

Pihak media cuba menghubungi mereka namun kedua-duanya tidak menjawab panggilan malah turut mematikan talian.

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim berkata, pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu namun didapati dia gagal dikesan.

Beliau berkata, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri namun dipantau oleh jiran berhampiran.

"Pejabat Agama Daerah sudah memberi kebenaran supaya saya memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.

"Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Hazamer berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menikahkan mereka tetapi perlu menyediakan dokumen lengkap sebelum melaksanakannya.

Media pada 9 Jun tahun 2016 lalu pernah menyiarkan kisah wanita berusia 35 tahun itu bersama anak lelaki ketiganya yang ketika itu berusia lapan bulan yang menghidap pneumonia, chronic obstructive pulmonary disease (COPD) dan asma (lelah).

Hasil laporan media berkenaan, wanita itu menerima banyak sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa anaknya itu.

Bagaimanapun, kisah wanita itu ditularkan semula Ahad lalu selepas dia dan pasangannya membawa anak mereka yang menghidap paru-paru kronik dengan memakai alat pernafasan menaiki motosikal ke hospital.

Kisah mereka itu turut mendapat perhatian orang ramai termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Disiarkan pada: Mei 26, 2024 @ 12:39pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058162 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list