CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3230|Reply: 0

[Terengganu] Pemuda ditahan bersama senapang, pistol tiruan, pedang dan busur

[Copy link]
Post time 26-5-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir (tengah) menunjukkan barangan rampasan. Foto Rosli Ilham

Dungun: Pemuda ditahan polis dan merampas senjata tajam, senapang dan pistol tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Balai Besar dekat sini, pada Khamis.

Dalam serbuan pada 10.15 malam itu, polis merampas tiga bilah pedang daripada suspek yang berusia 27 tahun.

Serbuan yang diketuai Inspektor Pavinar Krishnamurthy merampas 10 laras senapang, tiga pucuk pistol tiruan, lima unit busur, 10 batang anak panah dan 20 butir peluru tiruan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, suspek dipercayai menyediakan perkhidmatan memanah di kawasan kediamannya itu sejak empat tahun lalu.


"Curiga dengan perkhidmatan yang dilakukan suspek itu, polis kemudiannya menyerbu rumah terbabit sebelum menemui dan merampas kesemua senjata itu.

"Hasil siasatan lanjut, suspek mengaku kesemua senjata itu dibeli melalui perkhidmatan secara dalam talian," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun di sini, hari ini.

Maizura berkata, suspek mendakwa kesemua barangan yang dirampas itu dibeli dengan harga kira-kira RM10,000.

"Suspek mendakwa senapang dan pistol tiruan itu adalah bertujuan untuk kegunaan sendiri dan sebagai koleksi peribadinya," katanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum tindakan lanjut diambil.

"Rampasan dan tangkapan ke atas suspek itu tiada kena mengena dengan sebarang pertubuhan atau militan.

"Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dikenakan penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurutnya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-pedang-dan-busur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.162041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list