CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5827|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Niat tunai haji punah diperdaya 'scammer' wanita

[Copy link]
Post time 27-5-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Rose (tengah) bersama dua individu lain membuat laporan kepada pihak berkuasa Arab Saudi di Jeddah selepas dipercayai mangsa penipuan haji. - Foto ihsan pembaca

PUTRAJAYA: "Selain menunaikan rukun Islam kelima, niat saya ke Makkah adalah untuk berdoa di depan Kaabah supaya anak yang berdepan penyakit kronik diberi kesembuhan oleh Allah SWT," kata mangsa penipuan haji sebuah agensi pelancongan yang hanya mahu dikenali sebagai Rose.

Rose, 50-an, berasal dari Klang, Selangor mendakwa, beliau menerima tawaran pakej haji itu melalui seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pengurus sebuah agensi pelancongan melalui Facebook.

"Wanita berkenaan menawarkan pakej haji rendah RM25,000 dengan menyediakan kemudahan pengangkutan persendirian dan tempat tinggal di hotel lima bintang berhampiran Masjidilharam.

"Saya turut dijanjikan visa haji 'Nusuk' untuk mengerjakan haji termasuk diberikan kepada dua jemaah wanita yang turut bersamanya menyertai pakej itu.


"Saya berkorban dengan menggadai barang kemas dan menjual sebuah kereta semata-mata untuk mencukupkan duit bagi menyertai pakej haji itu dan tidak kisah bergolok-bergadai kerana yang penting dapat mengerjakan haji dan berdoa ketika di Tanah Suci Makkah demi anak tercinta," dakwanya lagi.

Rose mendakwa mereka bertiga berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada 9 Mei lalu, dengan penerbangan AirAsia, yang disediakan agensi berkenaan.

"Pada awalnya, mereka tidak menyangka akan diperdaya dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah, wanita berkenaan tidak muncul setelah beberapa jam menunggu serta gagal dihubungi.

"Ketika itu, barulah sedar ditipu dan apabila menghubungi rakan lain bagi mendapatkan maklumat, mereka menyatakan agensi itu sudah banyak kali melakukan penipuan kepada jemaah Malaysia," katanya.

Rose yang juga pekerja syarikat swasta berkata, mereka bertiga turut membuat semakan di hotel yang dimaklumkan wanita berkenaan sebelum ini untuk dijadikan sebagai tempat tinggal, namun menghampakan selepas pihak pengurusan menyatakan tiada daftar masuk dan tempahan dibuat oleh pihak berkenaan.

Selepas menyedari ditipu, mereka membuat laporan dengan pihak berkuasa Arab Saudi di Jeddah.

"Sepanjang berada di Tanah Suci kami sempat mengerjakan umrah dengan mengeluarkan duit sendiri untuk membayar hotel, membeli makanan dan kos pengangkutan," katanya.

Rose berkata, bagi mengelak masalah, mereka membatalkan niat untuk mengerjakan haji dan membeli tiket penerbangan pulang ke Malaysia, RM1,600 setiap seorang, dan selamat tiba di KLIA2 pada 19 Mei lalu.

Menurutnya, siasatan dibuat turut mendapati wanita berkenaan pernah didakwa di mahkamah pada 2023 kerana disyaki memperdaya rakyat Malaysia menerusi modus operandi sama.

"Wanita berkenaan sangat licik kerana sering mempromosi pakej haji dan umrah menggunakan pelbagai nama dan syarikat berbeza termasuk menggunakan gelaran 'Datuk'," dakwanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... daya-scammer-wanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066936 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list