CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5678|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] DBKL sita barang jualan peniaga Bangladesh

[Copy link]
Post time 27-5-2024 01:17 PM | Show all posts |Read mode

PENGUAT KUASA DBKL menjalankan sita terhadap barangan jualan penjaja warga asing di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Hang Lekir, Sabtu lalu. FOTO ihsan DBKL

Kuala Lumpur: Penjaja warga asing dikesan 'menyelit' menjalankan perniagaan di deretan gerai berlesen bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Taktik itu dikesan menerusi operasi Tindakan Khas Terhadap Penjaja Warga Asing yang dijalankan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Petaling, di sini, Sabtu lalu.

DBKL dalam kenyataan di Facebook berkata, berdasarkan siasatan, perniagaan itu dikendalikan oleh warga Bangladesh di Jalan Petaling dan Jalan Hang Lekir.

"Jualan dilakukan di sekitar deretan gerai dan kiosk penjaja berlesen yang disediakan oleh DBKL kepada pemilik tempatan.


"DBKL juga mengesan terdapat beberapa lot gerai penjaja yang dikendalikan oleh warga asing dan pemilik asal menyewa lesen kepada pihak ketiga," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL menyerbu ke lokasi yang dikenal pasti.

"Tindakan sitaan dan pindah barang dilakukan serta-merta ke atas enam penjaja warga asing yang menjual aksesori, pakaian, tali pinggang, beg, aksesori telefon, kasut dan lain-lain barangan am.

"Dianggarkan 1,440 barangan dan peralatan perniagaan disita dan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan rekod," katanya.

Kenyataan itu berkata, tindakan penguatkuasaan dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"DBKL turut mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (UUK 14) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016 kepada pemilik gerai penjaja warga tempatan yang melantik pembantu warga asing tanpa kebenaran," katanya.

Katanya, DBKL akan mengeluarkan arahan pembatalan lesen perniagaan kepada pemilik asal lesen yang melanggar syarat termasuk menyenaraikan hitam penama berkenaan.

DBKL mengingatkan kepada semua pemilik atau pemegang lesen sentiasa mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan.

"Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -peniaga-bangladesh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.129169 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list