CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6631|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel

[Copy link]
Post time 27-5-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel dijangka akan terus meningkat -NSTP/MOHD ADAM ARININ

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion setakat 22 Mei 2024, selepas pilihan itu dibuka kepada ahli pada 12 Mei lalu, kata Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Sementara itu, pengurus dana persaraan itu berkata, sebanyak 3.04 juta permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel telah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM5.52 bilion.

Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin, berkata KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.

"Kami juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun. Ini mencerminkan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna, di samping terus berinovasi dan mengembangkan penawaran digital," katanya dalam satu kenyataan.


Bermula 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan untuk memindahkan satu pertiga daripada baki simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

Pemindahan amaun awal ke Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan dibuat.

Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, dengan pengeluaran minimum RM50.

Memandangkan tarikh tutup pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel adalah pada 31 Ogos 2024, ahli dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat pemindahan.

Ahli yang masih belum mendaftar dengan KWSP i-Akaun digalakkan berbuat demikian bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.

Ahli dinasihatkan untuk mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit mereka melalui Terminal Layan Diri (SST) yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan menerima Kod Kebenaran Urus Niaga (TAC) bagi mengesahkan identiti mereka semasa menjalankan transaksi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Penstrukturan Semula Akaun KWSP dan perincian berkaitan pilihan pemindahan amaun permulaan, ahli boleh rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.
https://www.bharian.com.my/berit ... -ke-akaun-fleksibel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065158 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list