CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8992|Reply: 1

[Terengganu] Pelajar alami ADHD bukti kemampuan raih 12A SPM

[Copy link]
Post time 28-5-2024 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar alami ADHD bukti kemampuan raih 12A SPM

OlehNORHASPIDA YATIM

28 Mei 2024 08:27am








Muhammad Syamer di samping ibu dan bapanya menunjukkan keputusan SPM yang diperoleh.




KUALA TERENGGANU - Usaha gigih seorang pelajar yang menghidap Gangguan Kecelaruan Tumpuan dan Kelasakan (ADHD) berbaloi selepas dia memperoleh 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diumumkan pada Isnin.

Pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Setiu, Muhammad Syamer Haziq Mohd Sofian, 18 berkata, dia bersyukur dan tidak menyangka cemerlang dalam semua mata pelajaran kerana sebelum ini mendapat E bagi subjek Matematik Tambahan ketika peperiksaan percubaan.



Menurutnya, hasil latih tubi, belajar bersama rakan di samping amalan solat hajat, bacaan al-Quran, doa daripada ibu bapa dan komitmen tinggi pihak guru menjadi antara faktor kejayaan yang dikecapinya itu.

"Ketika peperiksaan percubaan saya dapat 9A, 2B dan 1E. Ada bahagian dalam subjek Matematik Tambahan yang saya agak susah untuk faham jadi saya usaha bertanya kepada rakan dan guru mengenai topik itu.



"Saya bersyukur, dalam peperiksaan sebenar saya boleh jawab dan mendapat A bagi subjek itu. Saya juga merakam penghargaan buat semua tenaga pengajar dan rakan-rakan yang banyak membantu," katanya yang bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran ketika Tingkatan Empat.


Muhammad Syamer (tengah) bersama ibu dan bapanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Sekati, di Kuala Terengganu petang Isnin.




Sementara itu, ibunya, Zamilah Ahmad, 47, yang merupakan seorang guru berkata, anaknya itu disahkan mengalami ADHD ketika berusia 10 tahun.

"Muhammad Syamer ini dalam kategori ADHD sederhana cuma dalam aspek pendidikan dia tidak ada masalah sebab dia minat menghafal.




"Cuma, selain ADHD dia ada masalah motor halus iaitu sukar untuk menggunting, butang baju dan ikat tali kasut, tapi bila sudah besar, keadaan dia semakin baik," katanya ketika ditemui di sini petang Isnin.

Zamilah berkata, dia dan suami Mohd Sofian Arifin, 49, bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperoleh anak sulung daripada empat beradik itu.

"Rasa syukur sangat sebab sebelum ini saya bimbang juga dia ada mengadu lemah dalam subjek Matematik Tambahan. Alhamdulillah, usaha gigih yang dia lakukan akhirnya membuahkan hasil," katanya.

Terengganu merekodkan keputusan cemerlang dalam SPM 2023 dengan seramai 464 daripada 16,382 calon yang menduduki peperiksaan itu berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Daripada jumlah itu, lapan calon daripada enam sekolah termasuk sebuah sekolah menengah harian mendapat semua A.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dan tahniah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.188359 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list