View: 8752|Reply: 0
|
[Terengganu]
Dulu 800, sekarang 4,000 sehari
[Copy link]
|
|
PASAR Besar Kedai Payang sesak dengan kehadiran pengunjung di Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Lebih 700 peniaga Pasar Besar Kedai Payang, di sini tersenyum lebar dan tidak menang tangan melayan kedatangan lebih 4,000 pengunjung setiap hari sepanjang musim cuti persekolahan sejak Jumaat lalu.
Kebanyakan mereka meraih pendapatan lebih dua kali ganda mencecah RM6,000 sehari sejak hujung minggu lalu.
Pengerusi Persatuan Pasar Payang dan Bazar Warisan, Ahmad Shukri Abdullah berkata, kebiasaannya purata hanya 800 orang mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang pada hari biasa di luar musim cuti persekolahan.
Katanya, jualan keropok keping di gerainya juga naik mendadak sehingga dia terpaksa mengambil stok baharu untuk memenuhi permintaan pelanggan.
“Sekarang Pasar Besar Kedai Payang sesak seawal pukul 8 pagi lagi dengan pengunjung yang kebanyakan mereka pelancong.
“Ramai pengunjung mengadu sukar mencari tempat letak kenderaan yang sentiasa penuh pada waktuini selain terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas sehingga setengah jam untuk ke Pasar Besar Kedai Payang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Selain peniaga makanan, gerai menjual kain batik, songket, produk kraf tangan dan rempah serta medan selera di pusat sehenti produk makanan dan kraftangan Terengganu itu juga penuh dengan pelanggan.
Seorang peniaga, Wan Hamidah Wan Ahmad, 41, pula berkata, jualan makanan ringan dan tradisional di gerainya turut melonjak sehingga RM3,000 sehari pada musim cuti persekolahan ini.
Katanya, pada hari biasa, purata jualan dodol daun palas, manisan, seruding, kekacang dan kuih semang di gerainya cuma RM800.
“Ramai pengunjung dalam kalangan pelancong gemar membawa pulang dodol daun palas dan manisan sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.
“Kehadiran pengunjung ke Pasar Besar Kedai Payang pada musim cuti persekolahan kali ini paling ramai sejak awal tahun ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... karang-4000-sehari/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|