CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8345|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis siasat pengawal peribadi 'diraja' disyaki pukul pemandu e-hailing

[Copy link]
Post time 29-5-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media hari ini. FOTO Sadiq Sani.

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.

"Kita masih menyiasat, setakat ini belum ada sebarang tangkapan. Pengadu dalam kes ini memang seorang orang kurang upaya (OKU).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.


Difahamkan, seorang pemandu e-hailing membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal peribadi ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields, semalam.

Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya.

Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-pemandu-e-hailing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.631151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list