View: 3650|Reply: 0
|
[Selangor]
Pelajar SPM tayang keputusan G ikut ‘trend Nobita’
[Copy link]
|
|
Tangkap layar video TikTok yang memaparkan keputusan ‘straight G’ milik seorang pelajar yang mengikuti trend Nobita di aplikasi TikTok.
PETALING JAYA – Segelintir pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sanggup ‘menayang’ keputusan teruk semata-mata ingin mengikuti ‘trend Nobita’ yang kini sedang popular di laman TikTok.
Pelajar yang ingin mengikut trend berkenaan akan menggunakan suara Nobita, satu karakter terkenal dalam animasi Jepun, Doraemon, diikuti dengan gambar keputusan SPM masing-masing.
Tinjauan Kosmo! di aplikasi TikTok mendapati, pelajar-pelajar ini kebanyakannya gagal setiap mata pelajaran atau tidak hadir peperiksaan.
Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pelajar-pelajar ini yang seakan-akan berbangga mendapat gred G bagi hampir semua subjek.
Menurut @Aisyah, dia berpendapat pelajar yang mendapat ‘straight G’ ini sebenarnya bukan tidak pandai, tetapi malas berusaha dan datang mengambil peperiksaan semata-mata tidak mahu keputusan mereka tertulis tidak hadir.
“Orang yang ikut trend Nobita tapi masih ada mata pelajaran yang dapat A, B atau C ini tak apa lagi. Tapi kalau semua G apa hendak jadi,” katanya.
Menurut @Dakmi04 pula, sia-sia sahaja tayang keputusan semua gagal kerana pada akhirnya, kaum wanita akan tertarik kepada lelaki berduit.
Menurutnya, rezeki tidak ada kaitan dengan keputusan SPM asalkan rajin berusaha.
“Saya pejuang ringgit. Masa saya minta kerja pertama, semua tempat tanya saya ada pengalaman atau tidak, bukannya keputusan SPM saya.
“Sijil memang penting tetapi itu tidak menjamin kerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -ikut-trend-nobita/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|