View: 3995|Reply: 0
|
[Kelantan]
Ramai kanak-kanak di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak tiada MyKid
[Copy link]
|
|
Badrul Hisham bercakap pada sidang akhbar selepas Program Mekar, Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Chenok, Kota Bharu, Kelantan hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!
KOTA BHARU – Kanak-kanak di negeri bersempadan Thailand seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak merupakan antara golongan paling ramai yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri selepas mereka dilahirkan.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias berkata, perkara tersebut terjadi berikutan perkahwinan ibu bapa mereka di Thailand tidak teratur dan tidak didaftarkan di negara ini.
Menurutnya, perkahwinan tidak teratur melibatkan perkahwinan di luar negara dan tidak didaftarkan semula di dalam negara disebabkan perkahwinan tersebut dilangsungkan tanpa kebenaran.
“Perkara itu menjadi isu utama yang berlaku di negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak. Komitmen JPN adalah untuk membantu segala urusan pendaftaran, namun hak untuk mendaftar perkahwinan adalah bergantung kepada individu masing-masing.
“Justeru, semua golongan masyarakat diseru untuk mendaftarkan perkahwinan kerana ia boleh memberi kesan kepada taraf kewarganegaraan anak-anak,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar), Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Chenok di sini hari ini.
Dalam pada itu, Badrul Hisham memberitahu, pihaknya telah menerima lebih 22,000 permohonan dokumen pengenalan diri melalui program Mekar di seluruh negara setakat Mei tahun ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -perak-tiada-mykid/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|