CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15615|Reply: 56

"Adakah Ramasamy hendak jadi 'malaikat' dalam isu Hannah Yeoh" - Teo Nie Ching

[Copy link]
Post time 30-5-2024 04:52 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang, P Ramasamy, supaya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak Kerajaan Selangor kepada suaminya, adalah bersifat tidak adil.


Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching, berkata tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang selama 15 tahun di bawah kerajaan negeri DAP itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti.


Beliau mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama ketika bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.


Nie Ching yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, berkata demikian bagi menjawab gesaan Ramasamy supaya Hannah meletak jawatan atas dakwaan kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor diberikan kepada syarikat suaminya secara rundingan terus.


"Sekiranya siasatan yang dijalankan membuktikan bahawa ada salah guna kuasa, saya percaya bahawa beliau (Hannah) akan tertakluk kepada tahap penyiasatan yang sama.




"… saya rasa beliau akan bekerjasama dengan sebarang bentuk siasatan tetapi soalan sama ada beliau wajar untuk letak jawatan, saya fikir ia terlalu awal," katanya pada sidang media di sini hari ini.


"Adakah Ramasamy ketika itu meminta Lim Guan Eng (LGE) meletak jawatan dan kenapa dia tukar pendirian sekarang?


"Adakah kerana LGE ketika itu Setiausaha Agung dan Ramasamy tidak mahu serang dia atau pun masa itu (Ramasamy) dalam DAP tidak boleh serang dan kini apabila sudah keluar DAP, dia hendak jadi malaikat?" katanya.


Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia sudah melakukan siasatan interim berhubung isu pemberian kontrak tersebut namun tidak menemukan sebarang kesalahan dan tiada kes dalam isu tersebut.


Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, yang merupakan syarikat milik suami Hannah, ialah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Selangor.


Sementara itu dalam sidang media sama, Teo melancarkan program HERLEAD oleh Wanita DAP iaitu program pendidikan politik yang direka bagi memperkasa dan melengkapkan wanita parti itu dengan kemahiran serta pengetahuan diperlukan untuk menjadi pemimpin politik berpengaruh.


"(Kebanyakan) parti politik memberikan alasan adalah tidak mempunyai calon (wanita) yang mencukupi, program HERLEAD ini adalah direka untuk mengatasi masalah ini.


"rogram pertama HERLEAD bakal berlangsung pada 22 dan 23 Jun di Kuala Lumpur dan mereka yang berminat boleh mendaftar bermula hari ini di pautan https://forms.gle/xqFxKyCW5ZbMdER77," katanya.


Sumber- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 08:08 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:12 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:03 AM | Show all posts
Geng PN ni memang x function ke apa?
isu2 mcm ni senyap ja x berkokok.
ramasamy pulak yg kena berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:10 AM | Show all posts
s@s@ replied at 30-5-2024 01:03 AM
Geng PN ni memang x function ke apa?
isu2 mcm ni senyap ja x berkokok.
ramasamy pulak yg kena berbun ...

ntahla...aku pun pelik puak2 PN skrg..mcm x de telur..semua skrotum kedalam...
takut kena londeh ke apa..ntahla
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:14 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 30-5-2024 09:10 AM
ntahla...aku pun pelik puak2 PN skrg..mcm x de telur..semua skrotum kedalam...
takut kena londeh k ...

dok rasa macam tu gak....
diorg kt atas dok jaga sesama diorg
marhaen kat bawah ni bercakaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2024 09:25 AM | Show all posts
betul jugak la kata forumer atas2 ni.. pembangkang diam membisu padahal banyak isu yg deols boleh bangkitkan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
X payah la nak meratib konon terpaling bersih, x de sakau, xde kroni......klau dah kepala dia so nuart kaki spin ckp x serupa bikin mcm org jual minyak urut kt pasar malam, yg ekor2  ni apa lg.....yg penting dh pegang kuasa, soal moral tu cuma gula2 pilihanraya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 09:32 AM | Show all posts
hahahah  dasar fake mcm pencacai dia jgak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 30-5-2024 09:03 AM
Geng PN ni memang x function ke apa?
isu2 mcm ni senyap ja x berkokok.
ramasamy pulak yg kena berbun ...

Depa pun sama 2x5...kes menantu edi awang pun tgh hot..karang berbunyi kena bantai pulak
..
Dah nama org politik ni satu sen pun takleh percaya.  Harap sebelum mampos nanti, dapat kifarah atas dunia dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 10:11 AM | Show all posts
nw111 replied at 30-5-2024 01:56 AM
Depa pun sama 2x5...kes menantu edi awang pun tgh hot..karang berbunyi kena bantai pulak
..
Dah na ...

KANNN...nyampah dgn aksi2 politikus ni semua...langsung x da rasa hormat sama dia..
skrg ni, aku jumpa Ahli Parlimen semua sembang gitu2 ja..x da langsung nak letak rasa respek mcm sblm2 ni...

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
adoi sama je diorg ni,.org penang tahu la perangai rama2 ni sejak xde jawatan baru kaum tu senyap sikit kalau tak memasing guna surat si rama2 ni nak keja gomen & kilang..yg type c jgn cakap la semua project almost dpt kat diorg..penang diorg dah pegang malaysia soon katanya..entah la…semua utk kepentingan memasing..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 10:26 AM | Show all posts
suruh mereka semua pulang ke negara masing2
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 30-5-2024 09:56 AM
Depa pun sama 2x5...kes menantu edi awang pun tgh hot..karang berbunyi kena bantai pulak
..
Dah na ...

Iols pun speku deme sumer ni ada menda2 di sebalik tabir jahh.. takleh caya politicians.. sumer sama jahh.. kalau yg benar2 ikhlas nak bantu, for sure takde duit dan takleh bertahan lama..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 30-5-2024 10:39 AM

takpale nak...sprm kata pas siasat..tadak salah apa pung(berdasarkan artikel)..meh kita undi DAP,MADANI next prk,pru..dan menangkan depa cam kt kkb .pastu kita akan idup senang...cayala...bukti subsidi diesel ditarik dan wang 200 akn 'diberi' kpd yg layak.Senangkan kan idup semua orang...dpt rm200...cakap lu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:25 AM | Show all posts
mana mungkin org politik tak sakau....dgn sakau sajalah mereka mampu isi tabung parti dan poket sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaduk naik junjung
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:55 AM | Show all posts
ahso nayo tak berkutik pape ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni kan rakyat malaysia terutamanya cina & india, dah tk boleh la nk tunding jari kat melayu pasal kroni, rasuah, penipu & yg seangkatan dgn nya. Sbbnya sikit2 dah nampak "kaler sebenar" diorang. Pendek kata manusia ni tk kira la bangsa apa pun, perangai tetap sama
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 30-5-2024 11:55 AM
ahso nayo tak berkutik pape ke

Kalau berkutik pun mesti tetap mempertahankn kontrak utk laki dia tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.368186 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list