CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8179|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ibu bapa Ena pulang ke tanah air esok

[Copy link]
Post time 1-6-2024 10:20 AM | Show all posts |Read mode

ENA (tengah) bersama ibu bapanya sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 2 Mei lalu di KLIA. Foto Ihsan pembaca.

Putrajaya: Suami isteri yang terkandas hampir sebulan di Makkah selepas tidak dapat mengerjakan haji, dijangka pulang ke tanah air esok.

Anak mangsa, Ena Awil, 33, berkata , ibu bapanya akan berlepas dari lapangan terbang Jeddah, transit ke Singapura dan di jangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.15 petang esok.

Menurutnya, dia bersyukur menerima berita gembira itu selepas wakil Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menghubunginya 3 petang semalam dan menyatakan tiket pulang ibu bapanya disediakan oleh pihak agensi selepas diarahkan pihak konsulat.

Katanya, pihak konsulat juga akan membantu perjalanan ibu bapanya menaiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain dari Makkah ke Jeddah, manakala pasport pula akan diserahkan kepada pasangan itu apabila mereka tiba di Jeddah.


"Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa semasa menghubunginya pada 9 malam tadi dan mereka sangat teruja serta mahu segera pulang ke tanah air," katanya ketika dihubungi.

Suami isteri berusia 60 dan 58 tahun dari Nilai, Negeri Sembilan ini berlepas ke Makkah pada 2 Mei lalu dengan sebuah agensi pelancongan, dengan menggunakan visa pelancong.

Selepas menyedari pihak agensi tidak dapat menyediakan visa haji, mereka mahu pulang ke tanah air kerana khuatir ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Bagaimanapun, pihak agensi enggan menyerahkan pasport dan mengarahkan mereka menandatangani surat akuan dengan mengenakan beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya tidak memburukkan agensi berkenaan kepada awam dan sekiranya berlaku pelanggaran syarat, mereka boleh berdepan saman.

Susulan kejadian itu, anak kepada pasangan ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Nilai, Negeri Sembilan, Rabu lalu.

Difahamkan, kes berkenaan ada hubung kait dengan tiga bakal jemaah haji terkandas di KLIA membabitkan agensi pelancongan sama yang diuruskan oleh suami isteri berpangkalan di Seri Kembangan, Selangor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-ke-tanah-air-esok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063153 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list