CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3018|Reply: 0

[Kelantan] Laung azan lihat bumbung rumah terbang

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN bumbung rumah yang tercavut akibat dibawa ribut dalam kejadian di Kampung Rong Chenok, Chetok. FOTO Ihsan Tuan Zaimah Raja Omar

Pasir Mas: "Saya hanya mampu melaungkan azan ketika melihat hampir keseluruhan bumbung rumah dibawa angin kencang." kata Mohd Sabre Yusof, 35, selepas kediamannya dilanda ribut dalam kejadian di Kampung Rong Chenok, Chetok, di sini, pada Rabu.

Mohd Sabre berkata, ketika kejadian dia bersama bapa, Yusof Mustafa, 76, dan adik yang juga penghidap Sindrom Down, Muhammad Khairullah Yusof, 33, sedang berehat dan terkejut mendengar bunyi bising pada bahagian bumbung,

Katanya, sebaik melihat atap tercabut dibawa angin mereka bertiga bergegas melarikan diri ke sekolah yang terletak di hadapan rumah untuk berlindung.

"Kejadian berlaku dengan sekelip mata saja dan ribut melanda selama hampir 15 minit. Kami tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu beristighfar dan saya melaungkan azan dengan harapan semoga ribut segera reda.


"Ini adalah kali pertama kediaman kami dilanda ribut sebegini dan hampir keseluruhan bumbung musnah. Tiada apa yang dapat diselamatkan termasuk barangan elektronik selain bekalan elektrik juga terputus sehingga hari ini.

"Buat sementara waktu kami menumpang di rumah abang yang tinggal berdekatan dan kini masih buntu memikirkan cara untuk membaik pulih memandangkan ia mungkin memerlukan kos yang tinggi," katanya yang juga anggota Pasukan Bomba Sukarela di Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Tanah Merah.

Menurutnya, beberapa buah rumah di kawasan berkenaan turut dilanda ribut tetapi kediamannya adalah yang paling teruk.

"Banyak yang perlu kami baiki dan hari ini baru saja selesai mengemas rumah selepas habis keseluruhan kediaman serta pakaian basah selepas kejadian berkenaan.

"Bagaimana pun, kami reda dengan ujian ini dan saya bersyukur kerana tiada yang tercedera namun dalam masa sama berharap dapat segera mencari wang untuk membaik pulih rumah memandangkan ini satu-satunya tempat berlindung yang kami ada," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mbung-rumah-terbang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.053983 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list