CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6598|Reply: 0

[Selangor] Sungai Kandis bertukar biru

[Copy link]
Post time 2-6-2024 11:34 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan longkang dan aliran Sungai Kandis yang bertukar menjadi biru

KLANG – Pembuangan cat menjadi punca aliran air di Sungai Kandis di sini menjadi biru semalam.

Pengesanan aliran warna air tersebut dilakukan di kawasan Jalan Sellathevan, Klang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pasukan mereka telah segera ke lokasi dan menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki punca aliran air berwarna biru tersebut.

Katanya, siasatan LUAS kemudiannya menemukan punca kesan pembuangan cat berwarna biru di kawasan perindustrian di Jalan Omboh di sini.

“Semakan lanjut mendapati lopak air di kawasan tersebut berwarna biru dan aliran telah memasuki longkang berhampiran dan seterusnya mengalir ke dalam Sungai Kandis.

“LUAS telah melakukan pensampelan kualiti air dan sampel tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LUAS menegaskan siasatan dibuat mengikut Seksyen 79(1)(c) Enakmen LUAS 1999 di atas kesalahan mencemarkan sumber air.

Tambah LUAS, pihaknya juga telah berkomunikasi dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi tindakan penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa agensi.

“Semua pemilik premis dan tapak industrri diseru agar sedar, cakna dan prihatin terhadap aktiviti di tapak.

“Pastikan operasi, keselamatan dan penyelenggaraan peralatan serta kelengkapan di premis dikawal dan dipantau dengan sempurna agar tiada risiko kepada sumber air terutamanya sungai,” katanya. -KOSMO!ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/06/02/sungai-kandis-bertukar-biru/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.050535 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list