CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7971|Reply: 0

[Kelantan] 54 kes penyeludupan di pesisir jalan laut dikesan bulan lalu

[Copy link]
Post time 2-6-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: Sebanyak 54 kes penyeludupan pelbagai barangan di pesisir jalan laut negeri ini hingga ke Pulau Perhentian dan Pantai Merang, Terengganu, berjaya ditumpaskan sepanjang bulan lalu, membabitkan nilai rampasan dan cukai hampir RM1.98 juta.

Operasi Palang Timur dan Operasi Makmur III dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA).

Pengarah Kastam Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata rampasan terbesar membabitkan 17.8 tan daging babi sejuk beku di Tumpat, dekat sini, dengan nilai barang termasuk cukai berjumlah RM452,858.

"Kes terbanyak yang dihasilkan sepanjang operasi ini adalah rampasan rokok seludup iaitu sebanyak 36 kes membabitkan 242,148 batang rokok dengan jumlah nilai termasuk cukai berjumlah RM213,948.03.


"Lain-lain barang yang dirampas adalah minyak diesel sebanyak 7,000 liter, minuman keras, ayam sejuk beku, beras dan kenderaan klon dengan jumlah nilai dan cukai sebanyak RM261,153.52," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, operasi bersepadu yang dijalankan COBRA pula berjaya menggagalkan cubaan pengedaran 2,728,720 batang rokok dengan nilai RM532,104.80 dalam lima kes berasingan di sekitar Seberang Perai dan Butterworth, Pulau Pinang.

https://www.bharian.com.my/berit ... -dikesan-bulan-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.479271 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list