View: 2862|Reply: 0
|
MotoGP : Ducati julang kemenangan 1-2 di Itali
[Copy link]
|
|
PELUMBA Ducati, Francesco Bagnaia mengatasi pelumba Sepanyol, Jorge Martin semasa perlumbaan MotoGP Itali di Mugello. -AFP
MUGELLO, ITALI – Pelumba Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia terus ghairah berjuang memburu gelaran dunia hatrik di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024 selepas melakar kemenangan berganda ketika turun bersaing di laman sendiri pada Grand Prix (GP) Itali hari ini.
Pada perlumbaan tersebut, Bagnaia yang melakar kemenangan pada perlumbaan Sprint semalam mengekalkan tunggangan yang cukup baik apabila menguasai sepanjang perlumbaan.
Biarpun memulakan perlumbaan petak kelima gara-gara dikenakan penalti grid, namun ia tidak mendatangkan masalah kepada Bagnaia untuk melakar kemenangan ketiga berturut-turut di laman sendiri.
BAGNAIA menjuarai GP Itali dengan bergaya selepas melepasi garisan penamat di Litar Mugello. -AFP
Pelumba Pramac, Jorge Martin yang cuba untuk menebus kekecewaan selepas gagal menamatkan perlumbaan Sprint semalam terpaksa berpuas hati sekadar meraih penamat podium tempat ketiga selepas kempunan untuk memintas Bagnaia.
Martin yang dilihat cuba mengejar Pecco pada penghujung perlumbaan gagal mengekalkan kedudukan kedua selepas dipintas rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini di selekoh terakhir.
“Perasaan saya benar-benar luar biasa selepas melakar kemenangan disini. Terima kasih kepada semua dan ‘grazie’ Mugello!,” kata Bagnaia.
Ini adalah kemenangan ketiga-tiga berturut-turut buat Pecco di Mugello sekali gus membantu juara dunia MotoGP 2022 dan 2023 itu merapatkan jurang mata dengan Martin pada carta perebutan gelaran dunia musim ini.
Selepas mengharungi tujuh perlumbaan GP, jaguh Pramac, Martin kekal mendahului dengan 171 mata disusuli dengan Pecco (153 mata) dan tempat ketiga diraih oleh pelumba Gresini, Marc Marquez (136) mata manakala Bastianini kedudukan keempat keseluruhan dengan 114 mata. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... angan-1-2-di-itali/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|