CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3739|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sindiket seludup Rohingya tumpas

[Copy link]
Post time 3-6-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan Taktikal Khas (Pastak) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memeriksa lelaki etnik Rohingya yang menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin semasa serbuan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. FOTO Ihsan JIM

Kuala Lumpur: Tindakan sindiket yang cuba menyeludup masuk etnik Rohingya menggunakan kereta dipatahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan enam individu ditahan, kelmarin.

Dalam serbuan 7.57 pagi itu, kesemua etnik Rohingya berusia antara 24 hingga 35 tahun ditahan Pasukan Taktikal Khas (Pastak) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata, kejayaan itu susulan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama tiga minggu.

Menurutnya, pasukan yang diatur gerak bertembung dengan kereta dipandu secara mencurigakan dan kenderaan memecut sebaik menyedari kehadiran pasukan.


"Kenderaan itu berjaya ditahan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu dan pemeriksaan menahan dua lelaki etnik Rohingya disyaki transporter serta pembantu.

"Bersama mereka terdapat dua lelaki etnik sama yang disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penahanan mereka membawa kepada serbuan di kediaman di Kota Bharu, Kelantan dan dua lelaki disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur turut ditahan.

Menurut Ruslin, hasil semakan mendapati empat lelaki memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) manakala dua lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas sah.

Susulan itu, katanya, pasukan merampas dua kad UNHCR disyaki palsu, wang tunai RM2,000 dan kereta yang digunakan untuk mengangkut pendatang asing tanpa izin (Pati).

"Modus operandi sindiket adalah menyeludup masuk Pati Rohingya ke negara ini melalui laluan haram di sempadan dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres dengan diiringi seorang lelaki Rohingya yang datang dari Kuala Lumpur.

"Mereka yang baru masuk akan diberikan dokumen UNHCR disyaki palsu bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Bayaran yang dikenakan sindiket untuk penghantaran ke Kuala Lumpur adalah sebanyak RM500 seorang dan RM100 dikenakan untuk penghantaran sekitar Kota Bharu," katanya.

Beliau berkata, sindiket itu dikesan beroperasi sejak setahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua mereka ditahan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dup-rohingya-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.299935 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list