CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5214|Reply: 0

[Kelantan] Rezeki anak pemandu lori ais

[Copy link]
Post time 3-6-2024 02:07 PM | Show all posts |Read mode

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhamad Harith Mohd Afizi, 18 (tiga dari kanan) menerima surat tawaran membuat lesen memandu motosikal (B2) dan kereta (D) daripada Pengarah Urusan Akademi Memandu Kist (AMKIST), Datin Noor Haslina Abdullah (dua dari kanan) di rumahnya di Kampung Kubang Keladi, Bachok. FOTO Nor Amalina Alias

Bachok: Berkat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 membolehkan anak pemandu lori ais mengikuti kelas lesen memandu kelas D dan B2 secara percuma.

Tawaran berkenaan diberikan Akademi Memandu Kist (AMKIST) berikutan pelajar terbabit, Muhamad Harith Mohd Afizi, 18, memperoleh keputusan 9A 1B.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak ini berkata, dia berterima kasih dengan peluang diberikan dan akan mengikuti kelas latihan bermula Sabtu ini.

Menurutnya, cita-citanya mahu menjadi jururawat dan sudah memohon jurusan berkaitan di beberapa pusat pengajian.


Katanya, faktor kemiskinan keluarga membuatkannya mahu membantu bapanya Mohd Afizi Abdullah, 53, dan ibunya Siti Khalijah Mat Daud, 52, yang juga suri rumah.

"Saya nekad mengubah nasib keluarga melalui pendidikan. Amalan solat sunat dhuha, hajat dan taubat menjadi rutin sebagai faktor kejayaan dalam SPM 2023.

"Selain itu, saya juga bangun seawal 3.30 pagi setiap hari, awal pagi saya menghafal, waktu petang pula saya buat latihan berkaitan mengira," katanya.

Muhamad Harith berkata demikian selepas menerima hadiah berkenaan daripada Pengarah Urusan AMKIST, Datin Noor Haslina Abdullah di Kampung Kubang Keladi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) SMK Badak, Tengku Azmi Raja Ismail.

Sementara itu, Noor Haslina berkata, hadiah berkenaan sebagai galakan untuk pelajar mempunyai lesen memandu khususnya lesen motosikal yang menjadi kenderaan harian ke sekolah.

"Pemberian lesen memandu secara percuma kepada pelajar cemerlang SPM adalah galakan untuk pelajar lain tahu kepentingannya dan mengurangkan risiko kemalangan di kalangan pelajar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-pemandu-lori-ais
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.189781 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list