View: 6460|Reply: 0
|
[Terengganu]
Naik taraf kemudahan awam, prasarana di jeti bukan naik caj perkhidmatan ke Pulau Perhentian
[Copy link]
|
|
Pelancong menaiki bot di Jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian . FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Besut: Lebih 20 pengusaha bot dan agensi pelancongan, di sini, berdepan kebimbangan kenaikan caj perkhidmatan terhadap pelancong asing sekali gus akan menjejaskan kedatangan pelancong ke Pulau Perhentian.
Setiausaha Persatuan Pengusaha Bot Pelancongan Kuala Besut, Mohd Asrul Che Rahma berkata, sejak semalam tular sekeping gambar tiket bayaran perkhidmatan dan akses pulau Majlis Daerah Besut (MDB) berharga RM20 untuk pelancong asing ke Pulau Perhentian.
Menurutnya, jika diikutkan harga semasa bayaran adalah RM5 yang diperkenalkan MDB sejak tiga tahun lalu untuk setiap pelancong yang ingin masuk ke pulau berkenaan.
"Kenaikan itu akan membebankan pelancong kerana selain bayaran tiket bot RM35, mereka dikenakan dua kali caj masuk pulau iaitu caj oleh MDB RM5 serta Taman Laut RM30.
"Jika caj MDB meningkat daripada RM5 kepada RM20 maka pelancong terpaksa mengeluarkan bayaran lebih tinggi untuk dua bayaran caj masuk pulau bertambah menjadi RM50 (MDB dan Taman Laut)," katanya ketika ditemui di Jeti Kuala Besut, di sini, hari ini.
Katanya, pihaknya dan orang awam juga tidak menerima sebarang notis secara rasmi daripada Majlis Daerah Besut berhubung kenaikan harga bayaran perkhidmatan itu.
"Mereka (MDB) perlu memaklumkan perkara ini lebih awal kerana kami yang akan berdepan dengan pelancong setiap hari serta perlu memberi penjelasan mengenai isu ini.
"Sepatutnya sebelum kadar bayaran dinaikkan, MDB perlu menaik taraf kemudahan awam dan menyediakan prasarana lengkap kepada pelancong untuk kemudahan mereka di jeti," katanya.
Katanya, pihaknya bimbang disebabkan caj terlalu tinggi ini akan mengurangkan kedatangan pelancong ke pulau itu kerana memilih lokasi lain yang lebih murah serta cantik.
Pengusaha agensi pelancongan, Saiful Azri Ayob berkata, jika diikutkan jumlah kedatangan pelancong luar negara ke Pulau Perhentian mula berkurangan antara 60 hingga 70 peratus berbanding sebelum Covid-19.
"Sewajarnya MDB berusaha mencari jalan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Perhentian, bukannya menaikkan caj perkhidmatan hingga boleh mengurangkan kedatangan pelancong.
"Caj perkhidmatan dikenakan perlu berpatutan bukan membebankan pelancong dengan pelbagai bayaran caj tambahan apabila mahu masuk ke Pulau Perhentian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... caj-perkhidmatan-ke |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|