CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4117|Reply: 0

Meerqeen bimbang 'ditegur' bawa watak peguam

[Copy link]
Post time 4-6-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Meerqeen berdepan tugasan sukar kali pertama menjayakan watak peguam menerusi drama Cinta Untuk Sekali Lagi.

Meerqeen berkata, banyak yang perlu dipelajari dan dipersiapkan untuk menggalas watak peguam terutama ketika melontarkan dialog.


"Cerita ini adalah adaptasi daripada novel dan mengisahkan percintaan antara seorang peguam dan guru. Watak Idlan Zuhairi berbeza dengan apa yang pernah saya bawakan kerana seorang peguam.

"Jadi, cabarannya adalah saya perlu belajar selok-belok perwatakan seorang peguam dari segi tutur kata dan gerak-geri saat melantunkan dialog," katanya kepada BH Online.

Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, antara cabaran dilalui adalah perlu menghafal skrip dengan yang panjang dalam drama yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.

"Skrip saya dapat bukan hanya satu atau dua halaman sahaja, tapi ada yang sampai lima. Itu adalah cabaran baru saya hadapi dalam drama kali ini.


"Tapi disebabkan saya pernah membawakan watak jauh lebih berusia daripada umur sebenar, maka ia juga sedikit sebanyak membantu saya," katanya.

Meerqeen buat persiapan dan rujukan bawa watak peguam. - NSTP/Rohanis Shukri
Meerqeen buat persiapan dan rujukan bawa watak peguam. - NSTP/Rohanis Shukri
Bagaimanapun, Meerqen berkata, sebagai langkah memastikan lakonannya berkualiti, dia merujuk dan mendapatkan nasihat daripada individu dalam bidang perundangan.

"Kawan-kawan saya juga ramai yang mengikuti pengajian dalam bidang ini dan sudah bekerja sebagai peguam. Saya banyak minta nasihat daripada segi pemakaian dan percakapan sebagai peguam.

"Setakat ini, masih ada mana-mana peguam yang tegur watak saya dalam drama itu. Sejujurnya, saya takut sekiranya ada tersalah dan sebagainya sehingga ditegur.

"Tapi, sebenarnya saya hanya menjalankan tugas sebagai pelakon. Bagaimanapun, saya tetap buat rujukan dan berusaha memberikan yang terbaik," katanya.

Menerusi drama Cinta Untuk Sekali Lagi, Meerqeen bergandingan bersama pelakon baharu, Erysha Emyra yang juga anak kedua kepada dramatis terkenal, Datin Seri Noniswara.

BERITA BERKAITAN



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.033970 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list