View: 3707|Reply: 0
|
[Selangor]
JPJ Kelantan keluar notis siasat pemandu bas potong garisan berkembar
[Copy link]
|
|
Tangkap layar video kejadian baru-baru ini.
PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kelantan telah membuat tindakan awal dengan mengeluarkan Notis Panggilan Temusiasat (114) di bawah Akta Pengankutan Jalan (APJ) 1987 kepada pemilik syarikat terlibat.
Melalui satu kenyataan di media sosial jabatan tersebut hari ini, tujuan notis tersebut dikeluarkan adalah untuk tujuan siasatan lanjut terhadap pemandu bas ekspres terbabit.
“Pihak JPJ Kelantan menasihatkan agar pemandu kenderaan pengangkutan awam supaya sentiasa memandu secara berhemah dan bertoleransi sesama pengguna jalan raya yang lain,” jelas kenyataan tersebut.
Terdahulu, tular video berdurasi 45 saat di media sosial menyaksikan sebuah bas ekspres laluan Kelantan – Perak memotong sebuah treler di kawasan selekoh garisan berkembar sehingga membahayakan pengguna lain.
Menerusi video tersebut juga, pemandu bas terbabit telah memohon maaf kepada pemilik sebuah kenderaan lain kerana tindakannya yang memotong di selekoh tersebut namun dimarahi pengguna jalan raya yang lain.
Semalam, syarikat bas berkenaan, E-Mutiara Konsortium telah melakukan tindakan mereka apabila telah menggantung tugas pemandu terlibat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... -garisan-berkembar/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|