View: 3664|Reply: 0
|
MotoGP: Strategi hebat Bagnaia tawan Mugello
[Copy link]
|
|
BAGNAIA (depan) hanya memerlukan dua selekoh untuk memintas Martin sekali gus menjuarai GP Itali kelmarin. - AFP
MUGELLO – Juara dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Francesco Bagnaia mengakui permulaan terbaik seawal pelepasan di barisan kedua menjadi resepi kejayaannya menjulang kemenangan pada Grand Prix (GP) Itali kelmarin.
Bagnaia yang memulakan perlumbaan di petak kelima gara-gara dikenakan penalti hanya memerlukan dua selekoh untuk memintas empat pelumba dihadapannya.
Selepas itu, Bagnaia terus mendominasi perlumbaan biarpun terdapat cubaan daripada pelumba Pramac, Jorge Martin.
Bagaimanapun, Martin pulang hampa apabila sekadar menamatkan perlumbaan tempat ketiga selepas rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini memintasnya di selekoh terakhir.
“Ia adalah luar biasa. Saya sangat gembira, berpuas hati dan sangat bangga. Hujung minggu ini sangat hebat. Saya bermula dengan baik dalam perlumbaan dan semalam (perlumbaan sprint) juga hebat.
“Sangat penting untuk mendahului pada pusingan pertama supaya saya memperoleh rentak perlumbaan. Strategi di awal perlumbaan berjalan dengan sempurna,” katanya.
Juara tiga kali di litar Itali itu mengakui terharu selepas berjaya menaiki podium bersama rakan sepasukannya, Bastianini di laman sendiri.
“Apabila anda seorang warga Itali dan menyaksikan lautan orang di depan anda, ia adalah sesuatu yang sukar untuk dipercayai,” kata Bagnaia.
Secara keseluruhan, Martin kekal mendahului dengan 171 mata disusuli Bagnaia di tempat kedua (153 mata) dan tempat ketiga diraih pelumba Gresini, Marc Marquez (136 mata), manakala Bastianini berada di kedudukan keempat menerusi 114 mata. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... naia-tawan-mugello/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|