View: 2485|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Waspada mesej jemputan kahwin digital guna fail APK
[Copy link]
|
|
Ramli Mohamed Yoosuf. FOTO NSTP.
Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihat berwaspada dengan penyebaran mesej jemputan perkahwinan menerusi fail APK yang akan menyebabkan telefon pintar digodam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penjenayah dikesan menggunakan taktik itu sebagai modus operandi penggodaman telefon pintar untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
"Antara taktik yang dikesan masih aktif digunakan sejak pertengahan tahun lalu ialah penyebaran kad jemputan kahwin digital melalui fail APK yang bersamanya ditanam perisian hasad atau Malware.
"Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mesej jemputan perkahwinan berkenaan biasanya dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi berkenaan, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari.
"Akses ini akan membolehkan penjenayah untuk mencuri data milik mangsa, malah akan mengakibatkan kerugian wang ringgit.
"PDRM percaya taktik ini menyasarkan mangsa dalam kalangan individu yang kurang pengetahuan berkaitan teknologi," katanya.
Justeru itu beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi (APK) yang diterima.
"Adalah dinasihatkan sebarang muat turun fail ke telefon pintar dilakukan melalui platform yang selamat seperti Google Play dan App Store sahaja," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gital-guna-fail-apk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|