View: 3828|Reply: 0
|
[Terengganu]
Perjuangan mesti diteruskan - Anak Che Salmi
[Copy link]
|
|
Che Mohd Shauqi menyiram pusara bapanya, Allahyarham Che Salmi Che Ibrahim di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kecil. FOTO ZAID SALIM
Kuala Terengganu: "Yang ditindas harus dibela, yang susah harus dibela dan berbuat baik bukan kerana nama tetapi kerana Allah.
"Perjuangan mesti diteruskan. Itulah pesanan dan kata-kata yang arwah sering ingatkan ketika hayatnya," kata Che Mohd Shauqi Che Salmi, 33.
Che Mohd Shauqi adalah anak kepada Pengarah Urusan Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd, Allahyarham Che Salmi Che Ibrahim yang meninggal dunia akibat kanser di Hospital KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.
Katanya, dia menyifatkan arwah bapanya seorang pejuang dan ketika hayatnya banyak melakukan aktiviti kebajikan dan prihatin dengan nasib mereka ditindas sama ada dalam dan luar negara.
"Sebab itu apa yang berlaku kepada rakyat Palestin akibat kekejaman Israel, arwah mengambil tindakan tegas memboikot produk Israel.
"Perjuangan arwah membela mereka yang ditindas sama ada dalam negara mahupun luar negara, bantuan kepada mereka yang susah meninggalkan kesan dan semangat mendalam untuk terus menyambung apa yang arwah lakukan," katanya ketika ditemui selepas selesai upacara pengebumian jenazah bapanya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kecil yang terletak berhadapan dengan Sabasun HYPErRUNCIT cawangan Kuala Terengganu, di sini.
Jenazah Allahyarham Che Salmi selamat dikebumikan jam 6.30 petang semalam.
Che Mohd Shauqi, anak pertama daripada tujuh beradik itu berkata, dia bersyukur arwah bapanya pergi dengan tenang di sisi seluruh ahli keluarga pada jam 4.45 pagi, semalam.
Katanya, arwah tidak sihat sejak akhir tahun lalu dan membuat pemeriksaan di Hospital KPJ Kuantan sebelum dirujuk ke Hospital KPJ Ampang Puteri, kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... skan-anak-che-salmi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|