View: 2938|Reply: 0
|
[Pahang]
Peraih durian didakwa curi cip kasino Genting Highlands RM4.6 juta
[Copy link]
|
|
Lee Kian Kiong didakwa di Mahkamah Majistret Raub, Pahang hari ini.
RAUB – Seorang peraih durian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Raub hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah bilik kasino di Genting Highlands dan mencuri 1,160 cip bernilai RM4.6 juta milik Genting Highlands Berhad pada Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Lee Kian Kiong, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid manakala tertuduh diwakili peguam, Dinesh Muthal.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama tiga lagi yang telah dituduh telah melakukan pecah rumah ke atas bangunan yang digunakan sebagai tempat untuk simpanan harta benda dengan mencuri 1,160 cip bernilai RM4,607,800 milik Genting Highlands Berhad.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada pukul 7.12 pagi, 28 Oktober tahun lalu di dalam bilik Twlight 3, Sky Kasino Genting Highlands dan Muhammad Zamharir memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.
Namun Dinesh memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh berpendapatan tidak tetap sebagai peraih durian selain perlu menyara ibunya yang berusia 70 tahun.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 26 Julai 2024. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ghlands-rm4-6-juta/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|