CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3536|Reply: 0

[Kedah] Wang simpanan pesakit kanser susut hingga mahu jual rumah

[Copy link]
Post time 6-6-2024 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Wang simpanan pesakit kanser susut hingga mahu jual rumah


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



ROZIANA (kiri) dan Jamilah (kanan) yang menghidap kanser payu dara menziarahi Khalijah Hashim yang juga menghidap kanser payu dara. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Kuala Nerang: "Wang simpanan cuma tinggal RM2 saja kerana habis digunakan untuk kos rawatan hospital di Pulau Pinang hingga terfikir nak jual Rumah Mesra Rakyat ini," kata Khalijah Hashim, 53.

Khalijah disahkan menghidap kanser payu dara tahap empat sejak 2015 dan kini tidak berdaya untuk bergerak kerana sel kanser sudah menyerang bahagian pinggang, punggung dan tulangnya.

Menurutnya, dia tinggal sendirian di rumah itu selepas suaminya, Md Daud Ahmad, 63, keluar bekerja sebagai buruh di Bukit Pinang, Pokok Sena.

"Dua anak kami masing-masing sudah berkeluarga dan hanya cukup makan untuk menampung kehidupan mereka.

"Saya hanya makan apa yang ada, kalau ada roti saya makan untuk alas perut kerana nak memasak, memang tak larat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Genting Palas, di sini, hari ini.

Khalijah berkata, dia tetap bersyukur kerana dibantu dua sahabatnya, Jamillah Ahmad, 54, dan Roziana Ahmad Radzi, 44, yang kerap menjenguknya dan menghantar makanan.

Menurutnya, kedua-dua mereka juga pesakit kanser payu dara, namun sering memberi sokongan moral dan menemaninya.

"Kalau saya seorang di rumah, saya hanya mampu menangis kerana badan sudah tak kuat macam dulu dan ditemani 20 kucing peliharaan di rumah.

"Namun apabila Jamilah dan Roziana datang ke rumah, mereka selalu bantu saya suapkan makan, ubat dan membantu memakaikan baju," katanya.

Menurut Khalijah, wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan tidak mencukupi untuk membayar bil elektrik dan air selain membeli barangan makanan.

Katanya, disebabkan itu dia tidak mampu untuk membayar sewa rumah kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang tertunggak sejak dua tahun lalu.

"Saya dimaklumkan rumah ini akan dilelong jika tidak jelaskan bayaran tertunggak tetapi sebelum dilelong, saya berhasrat untuk menjualnya kerana tiada pilihan," katanya.

Sementara itu, Jamilah berkata, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Khalijah dan sudah menganggapnya seperti adik sendiri.

"Saya dan Roziana tolong secara ikhlas dan jika Khalijah ada temujanji di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, kami sanggup membawanya.

"Tetapi jika ke hospital di Pulau Pinang, dia terpaksa meminta bantuan suami atau ahli keluarga yang lain," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat 2240823050 atas nama Khalijah Hashim.



Disiarkan pada: Jun 6, 2024 @ 2:50pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.056924 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list