CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2182|Reply: 0

Azlee Dikejarkan Ke Institut Jantung Negara, Ropie Mohon Doa Orang Ramai

[Copy link]
Post time 6-6-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon dan pelawak, Azlee Senario dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi difahamkan berikutan masalah kesihatan jantung.


Perkara tersebut dikongsikan oleh rakan artis iaitu Ropie di Instagram miliknya. Menerusi hantaran tersebut, Ropie memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp beserta foto Azlee sedang menerima rawatan.


"Mohon doakan abang Azlee Senario, sekarang berada di Hospital Sungai Buloh, perjalanan ke IJN."


"Mohon sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan urusannya."


Dalam masa yang sama, Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan Azlee.


"Assalamualaikum semua, marilah bersama kita doakan semoga teman kita Azlee diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya. Amin."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai rakan seindustri yang terkejut melihat keadaan Azlee dan turut mendoakan agar dia diberikan kesembuhan.


Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.339448 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list