CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4371|Reply: 0

[Pulau Pinang] GB4B sambut baik cadangan KPM wujud satu kelas guna bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 6-6-2024 08:17 PM | Show all posts |Read mode
GB4B sambut baik cadangan KPM wujud satu kelas guna bahasa Melayu

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

06 Jun 2024 04:02pm








Mohamad Nazri




GEORGE TOWN - Gerakan Belia 4B(M) Pulau Pinang (GB4B) menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu kelas yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Pengerusinya, Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata, cadangan yang dikemukakan melalui Surat Pekeliling yang dikeluarkan pada 15 Mei lalu itu seiring dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.



Menurutnya, selain itu, ia sebagai menetapkan penggunaan bahasa Melayu bagi setiap urusan kerajaan termasuk dokumen rasmi dan komunikasi.

"Sehubungan itu, setiap premis kerajaan khususnya sekolah-sekolah di bawah seliaan KPM perlu mematuhi undang-undang dan akta tersebut.



"GB4B Pulau Pinang yakin dan percaya dengan adanya inisiatif tersebut, secara tidak langsung ia mampu untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di sekolah.

"Ia bukan sahaja demi penguasaan bahasa atau pun pemeliharaan warisan, malah mampu untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Mengulas lanjut, Mohamad Nazri berkata, GB4B Pulau Pinang kesal dengan tindakan pihak terbabit yang membantah pelaksanaan kelas tersebut selain menggesa KPM mendengar serta menghormati bantahan mereka.




"Bantahan itu jelas membuktikan bahawa pihak tersebut tidak memahami isi-isi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (152) yang menegaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perlu digunapakai dalam semua urusan rasmi termasuk di sekolah.

"Malaysia merupakan sebuah negara yang harmoni dan tidak menghalang penggunaan bahasa lain namun bahasa Melayu tetap kekal menjadi bahasa rasmi negara sejak merdeka lagi.

"Sebagai seorang rakyat yang bersikap patriotisme, adalah perlu untuk kita menghormati dan mematuhi penggunaan bahasa Melayu di negara kita terutamanya dalam sektor pendidikan seiring dengan visi KPM iaitu 'Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera'," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.394099 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list