CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1202|Reply: 0

[Kedah] Enam beradik jadi anak yatim

[Copy link]
Post time 8-6-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode

WAN SITI NUR SYAFIQAH (kanan) menunjukkan gambar ibu mereka ketika bersama bapa dan adik-beradik yang lain ketika ditemui di Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Enam beradik hilang tempat bermanja dan bertukar menjadi yatim sekelip mata apabila ibu mereka dijemput Ilahi, kelmarin.

Lebih menyedihkan mereka tidak dapat bertemu dengan Siti Khalijah Che Saad, 38, pada saat akhir kerana ibu tersayang me­ninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim di sini selepas 12 hari menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan penyakit buah pinggang.

Walaupun masih mempu­nyai bapa, Wan Azibi Wan Zahari, 42, namun kasih ibu tiada galang gantinya tambahan lagi ketika kesemua mereka masih memerlukan bimbingan dari ibu di saat sedang membesar.

Anak sulung pasangan itu, Wan Siti Nur Syafiqah, 18, berkata, dia sanggup tidak menyambung pelajaran selepas tamat tingkatan lima tahun lepas kerana ingin menjaga dan berada di sisi ibunya yang mula mengalami masalah kesihatan akibat demam panas berpanjangan.

“Kesihatan ibu mula merosot hujung tahun lepas dan saya yang ambil alih buat kerja rumah dan jaga adik beradik,” jelasnya.

Adik beradiknya adalah Wan Amirul Syafiq, 17, Wan Amirul Syahir, 15, Wan Puteri Nur Fitrah, 13, Wan Amirul Syakir, 12, dan adik bongsu Wan Puteri Nur Syahirah, 6 tahun.

“Dengan pendapatan ayah sebagai pembantu pemandu lori dapatlah kami hidup seperti keluarga lain kerana mempunyai wang untuk memenuhi ke­perluan harian,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Taman Universiti, Semeling, Bedong di sini semalam.

Kata Wan Siti Nur, kehidupan keluarga mereka mula dihimpit susah apabila bapa diberhentikan kerja ekoran kerap mengambil cuti kerana perlu berulang alik membawa ibu mendapatkan rawatan di hospital.

“Kami hanya bergantung harap kepada bantuan bulanan zakat semata-mata sedangkan kos lima adik yang masih belajar tinggi, selain wang diperlukan untuk rawatan berkala dan membeli ubat ibu.

“Adik bongsu kami sehingga hari ini masih mencari ibu dan dia tidak faham ibu sudah me­ninggal dunia,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu boleh meng­hubungi Wan Azibi di talian 017-4406001 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybanknya 107321011734.
https://www.kosmo.com.my/2024/06/08/enam-beradik-jadi-anak-yatim/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055175 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list