CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8799|Reply: 0

[Perlis] Akaun pegawai kanan JAIPs, imam masjid mungkin dibeku bagi siasatan penerimaan lebih RM1 juta

[Copy link]
Post time 9-6-2024 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Akaun pegawai kanan JAIPs, imam masjid mungkin dibeku bagi siasatan penerimaan lebih RM1 juta


Aizat Sharif
[email protected]



SUSPEK utama yang juga pegawai kanan JAIPs serta dua lagi suspek termasuk seorang imam masjid di Kangar dibawa keluar. FOTO Aizat Sharif





Kangar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan membekukan akaun pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan imam sebuah masjid di Kangar, bagi tujuan siasatan berhubung penerimaan suapan berjumlah lebih RM1 juta dalam pengurusan pendaftaran pernikahan di Perlis sejak 2022 sehingga tahun lalu.

Sumber SPRM bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah atau bila perkara itu akan dilakukan, sebaliknya ia masih meneliti kemungkinan untuk melaksanakannya.

"Kita tidak menolak kemungkinan akan membekukan akaun mereka untuk tujuan siasatan tetapi kita masih meneliti perkara itu," katanya.

Sementara itu, tempoh reman terhadap tiga lelaki berusia 25 hingga 52 tahun berkenaan yang sepatutnya tamat hari ini, dilanjutkan sehingga 12 Jun ini.

Sambungan tempoh reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar Ahmad Hamdi Mustafar selepas ketiga-tiganya dibawa ke mahkamah, jam 9.35 pagi ini.

Terdahulu, ketiga-tiganya yang diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dan Zuhair Ahmad Zakuan, tiba di mahkamah diiringi anggota SPRM.

Rabu lalu, ketiga-tiganya ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penerimaan suapan berjumlah RM1,183,140 dalam pengurusan pendaftaran pernikahan di negeri itu sejak April 2022 sehingga Jun tahun lalu.

Dalang yang juga pegawai kanan di JAIPs itu dipercayai bekerjasama dengan imam masjid itu dan anak kepada imam terbabit yang juga pemilik sebuah syarikat yang bertindak sebagai perunding dalam menguruskan urusan pernikahan di Perlis.

Sumber berkata, siasatan membabitkan pengurusan pendaftaran pernikahan di negeri ini yang dijalankan oleh ketiga-tiganya, terutama terhadap pasangan yang bernikah di Thailand.



Disiarkan pada: Jun 9, 2024 @ 12:31pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039189 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list